DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

ROG Ally, Konsol Mudah Alih Pertama ASUS ROG Dengan Windows 11 Telah Diumumkan

ASUS Republic of Gamers (ROG) telah memperkenalkan produk terbaru mereka, ROG Ally, yang merupakan konsol mudah alih dengan sokongan Windows 11 yang mempunyai keupayaan permainan yang cemerlang. Dikuasakan oleh cip AMD Ryzen™ Siri Z1 yang terkini, ROG Ally dengan mudah dapat mengendalikan permainan AAA dan juga indie. Skrin peranti dilengkapi dengan kadar segar semula yang tinggi, skrin yang terang serta visual yang jelas walaupun digunakan di luar. Dengan berat 608 g dan pegangan ergonomik, Ally mudah dibawa dan digunakan sepanjang hari.

Dengan menggunakan APU binaan khas yang baru iaitu cip AMD Ryzen™ Z1 dengan grafik RDNA™ 3, membolehkan ROG Ally berikan tahap prestasi permainan yang belum pernah dilihat sebelum ini. Para pemain yang suka permainan indie yang ringan atau permainan AAA yang memerlukan grafik yang lebih intensif, boleh memainkannya dengan mudah menggunakan Ally. Tambahan pula, dengan adanya ROG Zero Gravity Thermal System, dapat memastikan Ally kekal sejuk dalam apa jua keadaan dengan menggunakan sistem dua kipas dengan penenggelam haba bersirip ultra-nipis dan paip haba tinggi- geseran.

Untuk dapatkan prestasi permainan yang terbaik, paparan dengan kualiti yang tinggi adalah satu keperluan. Dengan itu, ROG Ally dilengkapi dengan panel 120Hz FHD yang menyokong FreeSync™ Premium, untuk memastikan para pemain dapat pengalaman bermain yang lancar dan jelas dalam permainan yang pantas tanpa sebarang bebatan atau penurunan kadar bingkai. Skrin dia juga mempunyai tahap kecerahan sehingga 500 nits, memudahkan pemain menggunakannya dalam situasi yang memcabar seperti di luar. Fungsi sentuhan skrin juga membolehkan pemain mengawal Windows Desktop untuk lakukan sebarang modifikasi aturan atau memasang permainan baharu.

ROG Ally dikuasakan oleh Windows 11 yang membolehkan para pemain mengakses semua permainan mereka dalam servis penstriman permainan dalam satu peranti. Dengan Ally ni juga, pemain boleh bermain semua jenis permainan pada masa lapang. Selain itu, kawalan menerusi Windows Desktop ni juga berikan pengalaman yang lancar dengan adanya butang dan kayu bedik ataupun melalui sokongan sentuhan skrin.

Tambahan pula, ROG Ally hadir dengan Armoury Crate edisi khas yang merangkumi ciri togol mod prestasi pantas, pelancar permainan, perisian pengawasan dalam permainan, sokongan Aura Sync dan pelbagai lagi. ROG juga turut menawarkan pakej 90 hari percubaan untuk Xbox Game Pass Ultimate yang memberikan pengguna akses segera untuk ratusan permainan daripada Xbox Game Studio, studio indie dan permainan blokbuster setiap kali mereka hidupkan Ally mereka.

Untuk sebuah konsol mudah alih, berat dan rekaan ergonomik adalah segalanya. Jurutera ROG telah membangunkan reka bentuk dan berat ROG Ally dengan teliti sehingga mereka puas hati dan yakin dengan ciptaan mereka yang mudah untuk dibawa dan dimainkan sepanjang hari. Dengan berat hanya 608 gram, Ally tidak akan memberatkan beg atau tangan pemain, membolehkan pemain bermain yang selesa tanpa rasa terganggu.

Rekaan ergonomik ROG Ally disusuli dengan pegangan tangan yang mempunyai tekstur segitiga unik pada bahagian belakang yang memberikan pegangan yang kukuh pada pemain. Garis-garis ROG pada bahagian telapak tangan bukan sahaja menimbulkan kesan estatik, ia juga membantu menghalang daripada tergelincir.

Acara pelancaran rasmi ROG Ally akan diadakan pada 11 Mei 2023. Anda boleh sertai untuk mengetahui lebih lanjut tentang spesifikasi dan harga ROG Ally. Ia akan bermula pada pukul 10.00 pagi E.T (14:00 GMT), diikuti dengan sesi perbincangan dengan Shawn Yen, Product Management Director of Gaming Business Unit daripada ASUS, Roanne Sones, CVP, Head of Xbox Hardware, dan Frank Azor, Chief Architect of Gaming Solutions and Gaming Marketing daripada AMD untuk membincangkan tentang rekaan ROG Ally dan kesannya dalam dunia permainan video.