Kalau anda sedang mencari tablet Android baharu, mungkin ada satu lagi model yang patut dimasukkan dalam senarai menunggu.
HONOR bakal membawa Siri Pad 20 ke Malaysia, selepas jenama itu mencatatkan satu lagi pencapaian besar dalam pasaran tablet tempatan. Berdasarkan data International Data Corporation (IDC), HONOR kini merupakan jenama tablet Android No. 1 di Malaysia selama 27 bulan berturut-turut, dengan syer pasaran sebanyak 32%.
Mudah cerita, hampir satu daripada setiap tiga tablet Android yang dijual di Malaysia ialah tablet HONOR.
Dan nampaknya HONOR belum mahu memperlahankan momentum tersebut.
Pad 20 datang selepas Pad 10
Siri baharu ini hadir selepas HONOR Pad 10, dengan fokus yang agak jelas, menjadikan tablet bukan sekadar skrin besar untuk Netflix atau YouTube, tetapi peranti yang boleh digunakan untuk belajar, bekerja dan melakukan tugasan harian.
HONOR mengatakan Siri Pad 20 akan membawa beberapa peningkatan berbanding generasi sebelumnya, termasuk paparan yang lebih baik, prestasi lebih pantas, bateri berkapasiti besar dan sistem pembesar suara yang dinaik taraf.
Tetapi salah satu ciri yang lebih menarik ialah PC Mode.
Dengan ciri ini, HONOR mahu memberikan pengalaman penggunaan yang lebih hampir kepada komputer pada sebuah tablet. Ini boleh menjadi menarik untuk pelajar universiti, golongan profesional muda atau sesiapa yang mahukan peranti ringan untuk kerja-kerja seperti menulis dokumen, menyemak fail, membuat nota dan tugasan harian.
HONOR juga semakin serius dengan AI
Selain perkakasan, HONOR turut memberikan perhatian kepada ekosistem peranti dan ciri berasaskan AI.
Pengguna kini tidak lagi menggunakan satu peranti sahaja. Telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai semuanya memainkan peranan masing-masing dalam kehidupan seharian.
HONOR mahu pengalaman antara peranti ini menjadi lebih lancar, termasuk dengan sokongan untuk peranti Mac dan iPhone.
Ini bermakna pengguna yang tidak menggunakan telefon atau komputer riba HONOR sepenuhnya masih boleh mendapat manfaat daripada beberapa ciri ketersambungan ekosistem tersebut.
MagicPad 4 mendapat sambutan
Sebelum Pad 20 tiba, HONOR terlebih dahulu memperkenalkan MagicPad 4, tablet mercu yang hadir dengan pendekatan dwi-sistem operasi PC dan tablet berkuasa AI.
Menurut HONOR, jualan MagicPad 4 adalah lebih daripada dua kali ganda berbanding model sebelumnya. Ia sekaligus menjadi pelancaran tablet mercu HONOR paling berjaya setakat ini.
Jadi, dengan momentum tersebut dan kedudukan HONOR yang masih kukuh dalam pasaran tablet Android Malaysia, Pad 20 mempunyai tugas yang agak besar untuk mengekalkan momentum yang sudah dibina oleh generasi sebelumnya.
Bila HONOR Pad 20 masuk Malaysia?
Buat masa ini, HONOR masih belum mendedahkan harga dan spesifikasi penuh Siri Pad 20 untuk Malaysia.
Namun, jenama itu mengesahkan bahawa tablet baharu ini akan diperkenalkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.
Kalau anda memang sedang mencari untuk membeli tablet Android, mungkin berbaloi tunggu pengumuman seterusnya daripada HONOR. Lebih-lebih lagi kalau harga menjadi faktor utama, kerana spesifikasi dan harga rasmi Pad 20 akan menentukan sama ada ia benar-benar mampu mencabar tablet lain dalam kelasnya.

More Stories
HONOR Is Turning Malaysia Into a Photographer’s Playground in 2026
Infinix XPAD 30E Arrives in Malaysia with “Belajar Lebih Easy” for Students
HONOR 600 Series Arrives with Big Power, Smart AI & a Whole New Ecosystem