DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

realme Lancarkan realme TechLife Air Purifier Pro dan realme smart 4K TV 50″

rBaru-baru ini realme telah melancarkan dua produk baru di Malaysia iaitu realme TechLife Air Purifier Pro dan realme smart 4K TV (50″). Produk-produk ini boleh didapati untuk dibeli melalui pelbagai saluran rasmi seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan kedai-kedai rasmi realme serta pengedar-pengedar yang sah di Malaysia.

realme TechLife Air Purifier Pro dilengkapi dengan 360° multifunctional 3-in-1 HEPA Filter. Ia mempunyai tiga filter yang berbeza yang berkesan dalam menapis habuk, rambut, zarah halus dan pencemaran lain dari udara. Filter utama menghapuskan zarah yang besar, manakala filter HEPA H12 mengasingkan zarah berukuran 0.3 μm dan pencemaran PM2.5. Lapisan luar filter H12 mempunyai lapisan antibakteria dan antivirus. Tambahan pula, activated carbon dalam penapis ini membantu menyerap formaldehid, VOCs, asap rokok, gas berbahaya, dan bau yang tidak menyenangkan. Penapis ini mempunyai Clean Air Delivery Rate (CADR) yang tinggi sehingga 480m³/jam, menjadikannya cekap dalam membersihkan udara di dalam bilik sehingga 57.6m². Ia juga dilengkapi dengan Laser Air Quality Sensor yang terbina dalam untuk mengesan kepekatan PM2.5 dalam udara dan keputusannya dipaparkan secara langsung pada paparan LED Digital yang telah ditingkatkan. Penapis ini boleh dikawal menggunakan Aplikasi realme Link untuk Smart Control.

Selain pembersih udara, realme juga melancarkan realme smart 4K TV 50″. TV ini mempunyai bezel nipis dengan screen-to-body ratio sebanyak 97.2%, memberikan pengalaman menonton yang mengagumkan. Ia dilengkapi dengan Chroma Boost Picture Engine yang meningkatkan kecerahan, kontras, dan warna bagi gambar nampak ‘hidup’. TV ini dikuasakan oleh 4K UHD MediaTek Processor dengan ARM Cortex A53 CPU dan Mali G52 GPU, memberikan kualiti visual yang tinggi. Ia turut dilengkapi dengan 24W Quad stereo Speakers dengan Dolby Atmos untuk pengalaman bunyi yang hebat. TV ini menyokong teknologi paparan Dolby Vision dan mempunyai skrin low blue light yang disahkan oleh TÜV Rheinland untuk mengurangkan keletihan mata. Ia adalah TV pintar yang disahkan Android TV, memberikan pengguna akses kepada Google Play, Google Assistant, dan Chromecast yang disediakan. TV ini juga dilengkapi dengan Smart Remote dengan quick buttons untuk YouTube, Netflix, dan Amazon Prime Video.

Dengan melancarkan dua produk ini, realme ingin mencuba tingkatkan gaya hidup pengguna mereka. Terdapat juga tawaran harga eksklusif untuk produk-produk ini sebagai sebahagian daripada 6.6 Mid Year Mega Sales.