Samsung dan Naver dilaporkan telah bekerjasama dalam mencipta in-house generative AI platform untuk pekerja Samsung. Platform ini bertujuan untuk memberikan bantuan di dalam syarikat untuk menangani risiko dalam penggunaan ChatGPT yang berlaku sebelum ini.
Samsung mengalami kebocoran data apabila salah seorang daripada pekerja mereka memberikan informasi sulit kepada ChatGPT tanpa sengaja, yang mana data tersebut akan disimpan pada external servers. Untuk mengatasi hal ini, Samsung dan Naver akan membangunkan exclusive AI platform yang disesuaikan untuk pengguna syarikat Samsung.
Pada peringkat awal, platform ini hanya boleh diakses untuk pekerja dalam Device Solutions Division, namun kemudiannya akan dibuka kepada jabatan yang lain. In-house AI ini akan tetap berada dalam server Samsung untuk memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap informasi yang sensitif, seperti semiconductor data. Selain itu, chatbot AI akan dioptimalkan untuk bahasa Korea sehingga memiliki pemahaman yang lebih baik dibandingkan dengan model generative AI yang lain.
Sumber: Sammobile
More Stories
Cip MediaTek Dimensity 9400 Mendominasi Carta AnTuTu Pada Januari
OPPO Find N5 Set to Unveil in Singapore
Tecno Bakal Lancar Model Pova Baharu