Sementara Nothing menyiapkan Nothing OS 1.5.0 berasaskan Android 13, syarikat tersebut sudah pun keluarkan versi 1.1.8 untuk Android luaran Nothing Phone (1). Kemaskini tersebut berasaskan Android 12 yang kemungkinan menjadi salah satu peranti dengan kemaskini terakhir berdasarkan Android legasi.
Nothing OS 1.1.8 membuka jalan kepada syarikat dalam menghasilkan telefon android murah yang terbaik, seperti yang dilaporkan oleh XDA developers. Hasil daripada itu, satu penambahkbaikan yang ketara adalah melalui aplikasi Nothing X yang menggantikan aplikasi Ear (1). Aplikasi tersebut dilancarkan pada bulan September tahun lepas, yang merupakan sebahagian daripada kemaskini yang memperkenalkan naiktaraf yang pelbagai dari segi kamera pada Phone (1).
Anda boleh tetapkan pengalaman mendengar anda dengan Nothing X yang berikan anda kebebasan untuk mengubahsuai isyarat kawalan, menukar tetapan tapisan bunyi, ubah penyamaan, serta berapa jumlah baki bateri yang tinggal. tampalan keselamatan yang baru untuk Januari 2023 termasuk sekali naiktaraf ini.
Jika anda mengikuti perkembangan semasa tentang Nothing, anda pasti tahu sebahagian daripada kemaskini tersebut sudah pun tersedia beberapa hari yang lalu pada Android 13 beta yang kedua pada Phone (1). Nada dering, Wallpaper, atau animasi yang baru turut ada pada aplikasi Nothing X.
Log perubahan Nothing OS 1.1.8 ada menyebutkan tentang pepijat tapi tidak dinyatakan isu yang yang berkaitan. Hampir kesemua kemaskini hanya ada pada telefon versi global kecuali model Eropah. Nothing hanya akan satukan kawasan pakej perisian dengan pelepasan OS 1.5 Open Beta 2, menurut pada XDA.
More Stories
Circle to Search with Google Now Available on HONOR Magic V3, 200 Series
Magical Savings! HONOR Magic6 Pro, 200 Series and X6b Now More Affordable!
Unfold Your World with Galaxy AI!