DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Huawei Freebuds 5i Tersedia di Malaysia Pada Harga RM399

Huawei baru sahaja menambah produk TWS baharu mereka iaitu Huawei Freebuds 5i ke dalam pasaran Malaysia. Ia hadir dengna tiga warna pilihan, Ceramic White, Isle Blue dan Black yang ditawarkan pada harga RM399 seunit. Namun, bermula 2 Februari sehingga 15 Februari 2023, ia akan dijual pada harga istimewa iaitu RM339.

Huawei FreeBuds 5i merupakan set fon jenis dalam telinga digabungkan dengan pod pengecas berbentuk bujur. Dengan sepasang 10mm pemamdu audio yang terbina turut menyokong sistem pembatalan hingar aktif. Fon telinga ini juga menawarkan kawalan sesentuh dengan fungsi tekan dan leret dengan sokongan pelbagai.

Sambungan Bluetooth 5.2 membenarkan tambatan pantas dan ia juga melepasi penarafan IP54 untuk lebih perlindungan. Pod pengecas yang mengandungi bateri sebesar 410mAh boleh digunakan sehingga 28 jam. Untuk fon telinga tu sahaja dengan ANC dihidupkan, masa tersebut berkurangan kepada 7.5 jam.