DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Tambah Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition dalam koleksi anda!

Seperti edisi Dark Knight, Asus menambah satu lagi koleksi istimewa dengan kolaborasi bersama syarikat permainan terkemuka, Blizzard Entertainment, dalam menghasilkan Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition. Anda boleh miliki peranti tersebut pada harga RM4999.

Ia datang dengan kotak yang cukup besar dan menarik memberikan pengalaman nyahkotak yang lain daripada yang biasa. Kotak luaran dia diinspirasikan daripada Horadric Cube, manakala kotak telefon di dalamnya bercirikan Worldstone. Kedua-duanya merupakan salah satu elemen yang ada dalam permainan Diablo Immortal.

Selain itu, aksesori tambahan yang lain seperti Map of Sanctuary, Shield Blessing Aero Case, Fahir’s Light serta Immortality of Ejector Pin turut disediakan di dalam kotak. Kalau anda ingin melihat sesuatu yang tersembunyi pada peta dan kerangka pelindung, boleh suluh lampu UV padanya.

Dari segi rekaan luaran ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition tiada sebarang perbezaan yang ketara dengan ROG Phone 6, selain daripada corak belakang yang unik dan lampu RGB dengan logo Diablo Immortal. Anda boleh lihat gambar tersebut seolah-olah bercahaya jika dilihat pada sudut yang berbeza.

Begitu juga dengan spesifikasi dia, masih sama dengan model sebelum ni. Tapi apa yang menariknya, ia ada pek tema Diablo Immortal yang memberikan kesan animasi yang unik seperti gambar hiasan bergerak, panggilan masuk, animasi pengecasan serta pelancar dengan ikon yang menarik.

Dengan variasi 16GB RAM dan 512GB ruang storan, Anda boleh dapatkannya di mana-mana cawangan DirectD yang berdekatan atau secara atas talian di www.directd.com.my.