DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

OPPO A78 5G, Telefon Pintar 5G Berharga RM1099

OPPO A78, sebuah telefon pintar terbaru daripada OPPO yang telah dilancarkan di Malaysia pada 14 Januari 2023. Spesifikasi penuh tentang telefon ini sudah boleh dilihat di laman web rasmi OPPO Malaysia.

Jika dibandingkan dengan model yang sebelum ni iaitu OPPO A77, perbezaan yang ketara adalah dari segi reka bentuk kamera, kemasan serta pilihan warna. Tidak seperti telefon pintar yang biasa, ia mengenakan dua bulat simetri pada rekaan kamera dan bukannya segi empat tepat. 

Pada bahagian bawah, masih ada lubang stereo 3.5mm sebaris dengan lubang pengecasan USB Type-C dan pembesar suara. Untuk berikan bunyi yang lebih lantang, ia juga ada pembesar suara pada bahagian atas skrin. Ini dapat berikan bunyi yang seimbang ketika menonton video.

Ia dilengkapi skrin LCD paparan HD+ yang berukuran 6.56-inci dengan resolusi 

1612 x 720. Untuk berikan anda tatalan yang lancar, 90Hz kadar segar semula turut diberikan pada skrin dia. Ia boleh mencapai 600 nits kecerahan maksima serta dilindungi oleh kaca jenis Panda Glass.

Untuk berikan kelebihan 5G pada OPPO A78, ia digandingkan sekali dengan cip Mediatek Dimensity 700. Ditambah pula dengan RAM sebesar 8GB yang boleh dibesarkan lagi menjadi 16GB menggunakan RAM maya. Storan dalaman 128GB dan menyokong kad mikroSD. 

Kapasiti bateri 5000mAh cukup untuk menampung kegunaan seharian. 33W pengecasan pantas turut dibekalkan yang mampu untuk cas daripada 0 ke 52% dalam masa 30 minit. Untuk dapatkan 100%, hanya 67 minit sahaja. 

Pada bahagian kamera, ia ada dua kamera yang terdiri daripada 50MP kamera utama dan 2MP kamera hitam dan putih. Tidak lupa juga kamera hadapan sebesar 8MP. Ia ada kemampuan rekod video 1080P dengan 30fps. 

Anda boleh dapatkan OPPO A78 5G ni pada tanda harga RM1099 di mana-mana cawangan DirectD yang berdekatan ataupun laman web rasmi kami, www.directd.com.my dan bawa pulang hadiah menarik.