DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Kini anda boleh dapatkan Nokia 5710 XpressAudio di Malaysia

Nokia 5710 XpressAudio sudah pun mula dijual di Malaysia. Kepada kipas-susah-mati XpressMusic masa zaman muda-muda dahulu, anda boleh kembali ke zaman nostalgia dengan menggunakan Nokia 5710 XpressAudio.

Model kali ini sudah siap terbina fon telinga nirwayar yang disimpan di dalam tubuh telefon tersebut yang juga berfungsi sebagai pod pengecas. Bagi mereka yang sering terlupa atau tertinggal fon telinga nirwayar anda, kini tidak lagi. Anda hanya perlu bawa satu barang sahaja.

Rekaan dia yang unik membuatkan ia nampak lebih menonjol berbanding model Nokia yang sebelum ni, cuma, ianya bukanlah sebuah telefon pintar. Ia mempunyai saiz skrin berukuran 2.4” dengan kamera sebesar 0.3MP. Ia dikuasai oleh Unisoc T107 dan menyokong kad MicroSD sehingga 32GB.

Ia menggunakan sistem operasi berasaskan Siri 30+ atau dikenali sebagai S30+. Ditambah dengan bateri sebesar 1450mAh, ia mampu bertahan sehingga 20 hari. Untuk fon telinga, dengan sekali cas, anda boleh guna sehingga 4 jam tanpa henti.

Untuk memudahkan anda mengakses muzik, ia ada butang kawalan terbina pada bahagian skrin dengan kualiti yang premium. Turut disertakan Radio FM nirwayar yang boleh dengar secara terus tanpa menggunakan internet dan tidak perlu cucuk fon telinga untuk dijadikan sebagai antena.

Anda boleh dapatkan pada tanda harga RM339 di mana-mana cawangan DirectD atau secara atas talian di www.directd.com.my.