DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

HONOR X7a hadir dengan 6000mAh bateri

HONOR telah melancarkan HONOR X7 dengan cip snapdragon 680 pada bulan Mac yang lalu dan akan mengikuti jejak langkah siri HONOR X9 dengan mengeluarkan variasi ‘a’ iaitu HONOR X7a.

Ia mempunyai rekaan yang hampir sama dengan HONOR X7 dengan skrin berukuran 6.74”. Ia turut dilengkapi dengan 90Hz kadar segar semula dan mendapat pensijilan daripada TÜV Rheinland.

Pada bahagian belakang, HONOR X7a ada kuad kamera tersedia dengan 50MP kamera utama, 5MP ultra lebar, 2MP makro serta 2MP ‘depth’. Pada skrin dia ada takuk yang menempatkan 8MP kamera hadapan dia.

Dari segi prestasi, ia digerakkan oleh cip daripada Mediatek iaitu Mediatek Helio G27 dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Sistem operasi yang digunakan ialah Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12 terus dari dalam kotak.

Yang menariknya, kapasiti bateri yang dibekalkan sebesar 6000mAh, lebih besar berbanding smartphone lain pada segmen ni. Dengan sekali cas, ia mampu bertahan selama 3 hari dengan penggunaan harian biasa. Turut disertakan pengecasan 22.5W HONOR SuperCharge, watt yang sama seperti HONOR X7.

Walaupun mempunyai saiz kapasiti bateri yang besar, HONOR X7a lebih nipis berbanding HONOR X7. Dia hadir dengan tiga pilihan warna yang menarik, Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black.

Buat masa ni, belum lagi ada apa-apa info tentang HONOR X7a dan besar kemungkinan ia akan dilancarkan sekali bersama-sama dengan HONOR X9a. Sebarang perkembangan terbaru boleh nantikan di media sosial rasmi DirectD.