DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Microsoft Bina Cip Sendiri, Maia 100 dan Cobalt 100

Pada acara Ignite hari ini, Microsoft telah kembali dengan mengumumkan dua cip terbaru buatan mereka sendiri iaitu Maia 100 dan Cobalt 100. Maia 100 adalah cip AI untuk sistem Azure, diuji untuk ciri-ciri AI Bing dan Office. OpenAI juga menggunakan Maia 100 untuk projek GPT-3 Turbo mereka.

Maia 100 akan digunakan terlebih dahulu untuk perkhidmatan Microsoft sendiri dan kemudian baru dibuka untuk pasaran luar. Cip tersebut mempunyai 105 bilion transistor dan menggunakan teknologi TSCM 5nm. Spesifikasi yang lain belum lagi diketahui buat masa ini.

Cobalt 100 pula adalah cip untuk pelayar baru Microsoft. Ia mempunyai 128 teras CPU dan menggunakan ARM architecture, dioptimumkan untuk perkhidmatan cloud melalui Azure.

Kedua-dua cip tersebut dibuat oleh TSMC dan tidak didedahkan architecture mereka. Cobalt 100 diuji untuk SQL pelayar Microsoft Teams, dan akan ditawarkan sebagai VM kepada pelanggan.

Kedua-dua cip ini akan digunakan secara meluas bermula dari 2024. Ini menunjukkan rancangan Microsoft untuk mengurangkan kebergantungan pada NVIDIA, AMD, dan Intel dan untuk menurunkan kos operasi.