MediaTek baru-baru ini memperkenalkan Dimensity 9300, yang diletakkan sebagai pesaing kepada Snapdragon 8 Gen 3, dengan peningkatan yang ketara berbanding versi yang sebelumnya. OPPO Find X7 yang akan datang akan menjadi salah satu peranti pertama yang menggunakan cip ini.
Walaupun peranti dengan Dimensity 9300 belum dikeluarkan, AnTuTu telah mendedahkan keputusan markah benchmark untuk OPPO Find X7, yang menunjukkan markah keseluruhan yang mengagumkan iaitu 2,270,677, lebih tinggi daripada Snapdragon 8 Gen 3 yang mendapat 2,139,281. Ujian CPU, GPU, memori, dan UX menghasilkan skor 521,690, 911,683, 471,340, dan 365,964, masing-masing.
Dimensity 9300 kini mendahului dalam AnTuTu Benchmark, mengatasi Snapdragon 8 Gen 3. Ini menunjukkan bahawa Oppo Find X7 akan memberikan prestasi yang lebih baik berbanding peranti 8 Gen 3.
Markah yang tinggi pada Dimensity 9300 ini mungkin disebabkan oleh konfigurasi CPU-nya, yang menampilkan four Cortex-X4 core dan four Cortex-A720 cores, tanpa ada low-power efficiency cores yang terdapat dalam Snapdragon 8 Gen 3. MediaTek mendakwa A720 cores lebih cekap berbanding low-power Cortex-A520 cores, menimbulkan rasa ingin tahu terhadap prestasi bateri peranti ini.
AnTuTu juga mendedahkan spesifikasi utama OPPO Find X7, antaranya kadar segar semula 120 Hz, 16GB RAM LPDDR5T, dan 1TB storan UFS 4.0 untuk kelajuan pemindahan pantas. Peranti ini juga akan optimumkan kamera HyperTone untuk prestasi yang lebih baik.
Model Pro dijangka disertakan sensor Sony LYT-900 1 inci yang baharu, sambungan satelit untuk komunikasi yang lebih baik dalam keadaan yang mencabar, dan sistem operasi Android 14 dengan ColorOS 14.
OPPO juga akan melancarkan peranti lain pada 23 November ini, termasuk dengan Oppo Reno 11 dengan cip Dimensity 8200 dan model Pro dengan Snapdragon 8+ Gen 1. Oppo Pad Air 2, penamaan semula OnePlus Pad Go juga dijangka akan turut dilancarkan. Nantikan kemaskini terkini di platform media sosial DirectD.
Sumber: Gizchina
More Stories
Unfold Your World with Galaxy AI!
HONOR 200 Series: First Mid-range Phone with Flagship AI Features
HONOR 200 Pro Core Features Exposed