Google akan melancarkan logo 3D baharu untuk Android, menyusuli kemaskini sebelum ini pada tahun 2019. Tujuan penjenamaan baharu ini adalah untuk menghubungkan Android dengan Google dengan lebih rapat. Mereka mahu jenama mereka mencerminkan kebolehan dan fleksibiliti Android, dan menjemput orang ramai untuk mencipta, berhubung dan melakukan lebih banyak perkara dengan Google pada peranti Android.
Penjenamaan baharu ini diilhamkan oleh Material design dan sepadan dengan skema warna Google. Ia juga menukar logo Android daripada huruf kecil kepada huruf besar, untuk menjadikannya lebih menonjol dan seimbang bersebelahan dengan logo Google.
Logo Android baharu mempunyai lebih banyak lengkungan dan personaliti, menyerupai logo Google. Mereka berharap ini akan menunjukkan hubungan antara peranti Android dan aplikasi serta perkhidmatan Google.
Robot Android, atau bugdroid, juga telah berubah. Ia kini 3D, dengan lebih banyak perwatakan dan mempunyai bahan, warna, dan aksesori yang berbeza. Bugdroid mewakili jenama mereka secara visual, dan menjadikannya lebih sepadan dengan Android.
Mereka juga telah menukar full-body bugdroid kepada domed capsule shape, untuk menjadikannya lebih sesuai dan konsisten dalam pelbagai persekitaran. Ini berbeza daripada penjenamaan sebelumnya.
Logo baharu, bugdroid 3D dan identiti jenama akan dapat dilihat pada peranti Android dan tempat lain tidak lama lagi.
Sumber: 9TO5Google
More Stories
Circle to Search with Google Now Available on HONOR Magic V3, 200 Series
Magical Savings! HONOR Magic6 Pro, 200 Series and X6b Now More Affordable!
Unfold Your World with Galaxy AI!