Infinix telah memperkenalkan Smart 8, model terbaru untuk siri Smart dan pengganti kepada Smart 7 yang dilancarkan awal tahun ini. Ia menawarkan paparan HD+ dengan ukuran 6.6 inci dan kadar segar semula 90Hz dengan 180Hz touch sampling rate.
Paparannya juga mempunyai punch-hole design dan ciri seperti Dynamic Island, yang menjadi tarikan utama peranti ini, yang menunjukkan status updates dan maklumat pengecasan.

Peranti ini dikuasakan oleh Unisoc T606 SoC dengan 4GB RAM dan 4GB extended RAM. Ia juga dilengkapi dengan kamera belakang 13MP dan lensa AI, disertakan dengan LED flash light yang berbentuk cincin dan kamera hadapan 8MP. Sistem operasi yang digunakan berasaskan Android 13 dengan XOS 13. Pada bahagian sisi, ada pengimbas cap jari. Untuk bateri, Infinix bekalkan 5000mAh dengan pengecasan 10W.
Infinix Smart 8 boleh didapati dalam warna Timber Black, Galaxy White, Crystal Green, dan Shiny Gold. Ia sudah mula dijual di Nigeria dengan harga NGN 82,000 (~RM480).
Sumber: Fonearena
More Stories
HONOR 400 Series is Now Available for Pre-order, Starting from RM1,899
Infinix Unveils the GT VERSE Ecosystem, Debuting with XPAD GT on May 21
Nothing Phone (3) Price Point Revealed, Flagship Ambitions Set for Summer 2025