DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Kini Rasmi, Redmi 13C dengan Cip Helio G99 dan Skrin 90Hz

Xiaomi telah melancarkan Redmi 13C secara global, bermula di pasaran Nigeria. Peranti ini dijangka akan diperkenalkan di negara-negara lain, seperti yang ditunjukkan dalam senarainya di Amazon US baru-baru ini.

Berbeza dengan Poco C65, Redmi 13C dilengkapi dengan cip Helio G99 9nm dengan pilihan RAM sebesar 4GB, 6GB, atau 8GB. Storan dalam terbahagi kepada dua iaitu 128GB atau 256GB. Ia ada paparan yang luas dengan ukuran 6.74 inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz.

Kamera hadapan menggunakan 5MP dan dua kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.8 dan 2MP depth sensor. Redmi 13C turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Jika ia mengikut model Poco C65, ia mungkin akan disertakan dengan pengecasan 10W.

Redmi 13C boleh didapati di Nigeria dalam warna Black dan Clover Green, dengan versi 4/128GB berharga NGN 98,100 (~RM576) dan versi 8/256GB pada NGN 108,100 (~RM635).

Sumber: GSMArena