vivo telah membuat penambahan terbaru dalam barisan smartwatch mereka iaitu vivo Watch 3, yang menampilkan BlueOS, rekaan baharu mereka yang tersendiri. Smartwatch ini hadir dengan dua reka bentuk dan warna, yang turut menawarkan dengan dua gaya tali. Ia mempunyai ukuran 46.1mm dan berat 36g, serta paparan AMOLED 1.43 inci 466 x 466 piksel yang menyokong fungsi always-on display.
Bingkai jam tangan tersebut berbentuk bulat dan mempunyai curved display borderless glass top. Versi tali kulit mempunyai dua lug, manakala yang satu lagi mempunyai reka bentuk tanpa lug dan datang dengan tali silikon. Navigasi UI jadi lebih mudah dengan stainless steel rotating crown, yang juga berfungsi sebagai butang, bersama dengan butang kedua di bawahnya.
Watch 3 menggunakan sistem operasi berasaskan vivo BlueOS, yang menyokong aplikasi dengan Play Store tersendiri. Ia turut menampilkan integrasi pembantu Jovi dan set lengkap ciri-ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan. Ia juga menawarkan 10 watch face yang tersedia.
Selain itu, ia dilengkapi dengan Star Ring health sensor, yang merangkumi 8-channel heart rate tracking, 16-channel blood oxygen tracking, sleep tracking serta Running coach. Dengan kapasiti bateri 505mAh, ia mampu untuk bertahan sehingga 16 hari tanpa sambungan Bluetooth, 8 hari dengan Bluetooth mode dan notifikasi dan 3 hari dengan penggunaan berterusan.
vivo menawarkan Watch 3 dalam versi Bluetooth dan eSIM, dengan harga dari CNY 1,099 (~RM711) hingga CNY 1,399 (~RM905) dengan pelbagai pilihan tali.
More Stories
HONOR X9c Smart: Tiba pada 11 Disember 2024 dengan Harga RM1,099
HONOR X9c Smart – Affordable, Lite Edition of HONOR X9c 5G Coming Soon!
realme GT 7 Pro: The First Snapdragon 8 Elite in Malaysia is Now Available!