Nothing, syarikat telefon pintar yang kian meningkat naik, cuba untuk “menghapuskan” penghadang yang menghalang pengguna Android dan iOS untuk berhubung antara satu sama lain melalui iMessage, aplikasi popular yang digunakan di Amerika Syarikat.
Oleh yang demikian, Nothing mewujudkan alternatif lain yang boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan mewujudkan Nothing Chats. Dengan kerjasama pihak Sunbird, anda boleh menghantar mesej terus kepada pengguna iPhone dari telefon Nothing anda melalui iMessage.
Aplikasi Nothing Chat ini akan tersedia di Play Store dalam versi Beta dan hanya boleh diakses oleh pengguna Phone (2) di AS, Kanada, UK, dan Eropah buat masa ini.

More Stories
HONOR Masih No. 1 Tablet Android di Malaysia, Kini Siri Pad 20 Pula Bakal Tiba
Let Your Fold Do the Talking: Which Samsung Galaxy Foldable Says the Most About You?
vivo X300 Ultra Youth Creator Awards 2026: A New Platform for Malaysia’s Emerging Content Creators