DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

DJI Mini 4 Pro, All-in-One Aerial Solution, Standard Baru Dalam Dunia Dron

DJI, peneraju global dalam teknologi dron dan kamera, telah melancarkan DJI Mini 4 Pro, sebuah dron kamera mini yang direka khusus untuk peminat pengembaraan. Dron ini meletakkan satu standard baru dalam menangkap dan berkongsi detik-detik mengasyikkan dengan teknologi obstacle sensing baharu dan teknologi pemindahan video DJI O4 yang hebat. Ferdinand Wolf, Creative Director di DJI, menggambarkannya sebagai gabungan ciri-ciri profesional dalam pakej yang lebih ringan, menawarkan kebebasan untuk berkarya mengikut kreativiti pengguna.

Dengan berat kurang dari 249g, Mini 4 Pro sangat mudah dibawa dan mematuhi peraturan dron di seluruh dunia, membolehkannya terbang tanpa sebarang masalah. Ia ada kemampuan imej yang canggih termasuk 1/1.3 inch CMOS sensor, f/1.7 aperture, resolusi 48MP, dan video 4K/60fps dengan HDR. True Vertical Shooting and mod video Night Shots memberikan hasil yang luar biasa, walaupun dalam keadaan kurang cahaya. 60° tilt angle dan pilihan zum digital menaikkan lagi ciri sinematik.

Untuk post-production control, ia menawarkan D-Log M 10-bit recording, HDR HLG, RAW technology, dan SmartPhoto 48MP untuk imej yang menakjubkan. Keselamatan adalah keutamaan, jadi DJI turut letakkan omni-directional obstacle sensing dan Advanced Pilot Assistance Systems (APAS). Nikmati sehingga 34 minit masa terbang, boleh dipanjangkan sehingga 45 minit dengan Intelligent Flight Battery Plus, dan kawalan responsif hingga 20 km dengan pemindahan video O4.

Tangkap gambar dengan mudah dengan mod Spotlight, Point of Interest, dan ActiveTrack 360°, disebabkan adanya omnidirectional obstacle sensing. LightCut memudahkan penyuntingan video dengan sambungan tanpa wayar dan teknologi AI, membolehkan one-tap video creation dan sound effects matching. Platform SkyPixel yang diperbaharui menawarkan pelbagai sumber kepada peminat dron, dari pangkalan data lokasi hingga tips daripada pakar, memupuk komuniti global fotografi udara.

Secara ringkasnya, Mini 4 Pro DJI adalah alat berkuasa kecil yang mengubah standard dalam keupayaan dron, menjadikan fotografi dan videografi udara mudah diakses oleh mereka yang sukakan pengembaraan.