DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Xiaomi Hadir Dengan Siri Terbaru, Xiaomi 13T

Siri 13T terbaru daripada Xiaomi, yang telah dibangunkan dengan kerjasama bersama Leica, menawarkan pengalaman fotografi yang unik. Telefon ini menggabungkan prestasi yang berkuasa, jangka hayat bateri yang tahan lama, dan paparan yang jelas untuk penggunaan yang memuaskan.

Dengan fotografi peringkat profesional, Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T dilengkapi dengan tiga susunan kamera. Ini termasuklah kamera utama 50MP, telefoto 50MP, dan kamera ultra-lebar 12MP. Kesemuanya menyokong 100% DCI-P3 color reproduction. Dua Leica photographic styles dan enam creative filters berikan pilihan artistik.

Siri Xiaomi 13T juga hebat dalam videografi, dengan rakaman video 10-bit LOG 4:2:0 H.265, sokongan 8K pada model Pro, dan penyuntingan 4K yang cekap. Paparan CrystalRes 6.67″ dengan kadar segar semula 144Hz dan audio Dolby Atmos® meningkatkan pengalaman menonton.

Pembeli akan menerima cloud storage Google One sebanyak 100GB selama enam bulan dan tiga bulan akses YouTube Premium tanpa iklan. Kedua-dua model memberi tumpuan kepada kecekapan dan jangka hayat bateri yang panjang, dengan versi Pro yang menyokong 120W HyperCharge.

Telefon ini menampilkan reka bentuk klasik, tahan air dan habuk IP68, empat generasi peningkatan sistem operasi Android, dan lima tahun penyelenggaraan keselamatan. Siri Xiaomi 13T boleh diaturkan untuk pra-tempah mulai dari 27 September, menawarkan pelbagai pilihan storan dan insentif pra-pesan khas.

Anda boleh mendapatkan Xiaomi 13T Pro dan Xiaomi 13T di laman web rasmi kami atau mana-mana cawangan DirectD seluruh Malaysia.