Baru-baru ini, Elon Musk telah menyatakan bahawa pengguna akan dikenakan had pada pembacaan dan penggunaan di Twitter disebabkan oleh kebimbangan terhadap akses data yang berlebihan oleh pihak ketiga dan manipulasi sistem. Akibatnya, semua pengguna akan menghadapi sekatan dalam aktiviti pembacaan harian mereka.
Bagi pengguna akaun berbayar atau yang verified, had pembacaan akan ditetapkan pada 6,000 tweet setiap hari. Sementara itu, akaun yang tidak disahkan akan mempunyai had pembacaan sebanyak 600 tweet setiap hari. Akaun baru yang tidak disahkan pula akan dihadkan kepada 300 tweet setiap hari.
Elon Musk juga telah menyebut mengenai rancangan mereka untuk secara berperingkat meningkatkan had-had ini pada masa depan. Akaun berbayar dijangka akan dinaikkan hadnya kepada 10,000 pembacaan setiap hari, akaun tidak disahkan kepada 1,000, dan akaun baru kepada 500.
Twitter sebelum ini telah menghadkan sistem mereka hanya kepada pengguna berdaftar sahaja yang boleh mengakses dan membaca tweet di platform tersebut.
Adakah perkembangan ini akan memberikan lebih banyak insentif kepada pengguna untuk berpindah kepada pesaing terkini Twitter yang dibangunkan oleh Meta?
More Stories
Premium Power, Without The Premium Price – HONOR 400 Lite Is Here
realme GT 7 Officially in China with MediaTek Chip and Bigger Battery
Kemas Kini Keselamatan HyperOS April 2025 untuk Peranti Xiaomi