Qualcomm telah mengumumkan Snapdragon 4 Gen 2, sebuah mobile chip baharu yang direka untuk memberikan manfaat kepada pengguna dari teknologi Snapdragon yang lebih berkuasa, dalam masa yang sama membantu menjadikan teknologi seperti 5G lebih mudah diakses oleh pengguna dalam pasaran dengan harga yang lebih rendah.
Cip ini dibina menggunakan proses 4nm yang lebih kecil daripada versi 6nm sebelumnya, yang bertujuan memberikan power efficiency yang lebih baik dengan prestasi yang telah ditingkatkan. Dua performance cores Snapdragon 4 Gen 2 mempunyai kelajuan 2.2GHz dengan sokongan 5G yang lebih luas serta jaminan network reliability yang lebih baik, hasil Snapdragon X61 5G modem yang baru.
Snapdragon 4 Gen 2 juga menyokong QuickCharge 4 Plus yang menjanjikan pengecasan pantas bateri sebanyak 50% dalam masa hanya 15 minit. Selain itu, cip ini juga merupakan yang pertama dalam siri ini yang mengandungi hardware-based Multi Camera Temporal Filtering (MCTF), yang direka untuk meningkatkan sharpness pada subjek yang bergerak ketika mengambil gambar dan mengurangkan noise ketika merakam video.
Qualcomm menyatakan bahawa peranti yang menggunakan Snapdragon 4 Gen 2 ini akan tersedia di pasaran pada suku ketiga dan keempat tahun 2023. Xiaomi dan Vivo turut disebut sebagai pengeluar telefon yang akan untuk menggunakan mobile chip terbaru daripada Qualcomm.
Satu leak mengatakan bahawa Redmi Note 12R, yang dikatakan sebagai ‘adik’ kepada Redmi Note 12R Pro yang menggunakan Snapdragon 4 Gen 1, mungkin menjadi telefon pintar pertama yang dikuasakan oleh Snapdragon 4 Gen 2. Redmi Note 12R dijangka dilancarkan pada 30 Jun dan akan menawarkan paparan Full HD+ 6.79 inci, sehingga 8GB RAM dan 256GB storan.
Kita hanya perlu menunggu sedikit untuk mendapatkan telefon pintar dengan harga mampu milik yang menggunakan Snapdragon 4 Gen 2 dengan teknologi 5G.
More Stories
HONOR X9c Smart: Tiba pada 11 Disember 2024 dengan Harga RM1,099
HONOR X9c Smart – Affordable, Lite Edition of HONOR X9c 5G Coming Soon!
realme GT 7 Pro: The First Snapdragon 8 Elite in Malaysia is Now Available!