DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Siri OPPO Reno10 Akan Masuk Pasaran Malaysia

Siri OPPO Reno10 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dan kemungkinan akan dilancarkan pada bulan Julai 2023. Siri ini terdiri daripada tiga model, iaitu Reno10, Reno10 Pro dan juga Reno10 Pro+. Menurut lawan web rasmi OPPO Cina, ketiga-tiga model ini mempunyai paparan AMOLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Reno10 digerakkan oleh cip Snapdragon 778G, Reno10 Pro digerakkan oleh cip Dimensity 8200, dan Reno10 Pro+ digerakkan oleh cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan MariSilicon X NPU.

Kamera hadapan pada ketiga-tiga model ini adalah 32MP. Rekaan kamera belakang menggunakan susunan yang sama tapi berbeza sedikit pada bahagian lensa kamera. Reno10 mempunyai kamera utama 64MP, kamera telefoto 32MP, dan kamera ultrawide 8MP. Reno10 Pro pula mempunyai kamera utama 50MP, kamera telefoto 32MP, dan kamera ultrawide 8MP manakala Reno10 Pro+ mempunyai kamera utama 50MP, kamera telefoto 64MP dengan 3x optical zoom, dan kamera ultrawide 8MP.

Harga bagi siri Reno10 bermula dari 2499 Yuan (~RM1634), dengan 8GB RAM dan 128GB storan sehingga 16GB RAM dan 512GB storan. Untuk pasaran Malaysia, ada kemungkinan spesifikasi yang ditawarkan ada sedikit berbeza. Anda boleh Register of Interest di laman web rasmi OPPO Malaysia dan marilah kita sama-sama nantikan pelancaran Siri OPPO Reno10 nanti.