DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Pandang Pertama Rekaan OnePlus Nord 3, Untuk Gaya Hidup Yang Dinamik

“OnePlus Nord berusaha memberikan pengguna kami satu set ciri yang lengkap, dan ini bermula dengan reka bentuk OnePlus yang luar biasa,” itulah yang dikatakan oleh Kinder Liu, COO dan Presiden OnePlus, dalam satu ciapan di Twitter. Beliau menunjukkan keghairahan untuk berkongsi gambaran awal mengenai OnePlus Nord 3 5G dan akan mendedahkan lebih banyak lagi pada minggu-minggu akan datang.

OnePlus Nord 3 5G akan tersedia dalam warna Misty Green yang memikat, memberikan sentuhan segar kepada mid-range smartphone terbaru OnePlus. Warna baru OnePlus Nord 3 5G ini tampil dengan glossy finish yang tampak elegan.

Maklumat lanjut tentang OnePlus Nord 3 5G akan dikongsikan semasa acara pelancaran rasmi yang akan diadakan pada 5 Julai 2023. Untuk menonton acara pelancaran dan mendapatkan perkembangan terkini mengenai OnePlus Nord 3 5G, boleh layari laman web rasmi OnePlus Malaysia atau di social media DirectD.