DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

HUAWEI Perintis Untuk Teknologi 6GHz

Syarikat teknologi China terkemuka, Huawei, sekali lagi telah mengukuhkan kedudukannya dengan pencapaian penting yang lain. Syarikat tersebut baru-baru ini mengumumkan telah berjaya menyiapkan 6GHz verification dengan rangkaian operator. Pencapaian ini merupakan tonggak baharu dalam teknologi rangkaian, menurut Li Peng, Senior Vice President and President of the Operator Business Group HUAWEI.

Huawei menyatakan bahawa pengguna sentiasa mencari pengalaman dan prestasi rangkaian yang lebih baik. Oleh itu, rangkaian 5G memerlukan sumber spektrum yang lebih luas seperti spektrum 6GHz dan gelombang milimeter. Peralihan dari 100G full spectrum kepada air interface baru untuk 5G adalah trend baharu dalam industri. Huawei sekarang telah bekerjasama dengan operator untuk menjalankan pengesahan teknikal dalam jalur frekuensi 6GHz sebagai sebahagian daripada trend ini. Menurut Huawei, pencapaian ini telah meningkatkan kelajuan penghantaran data yang ketara membolehkan kadar muat turun sehingga 10Gbps.

Penyelesaian 6GHz Huawei menunjukkan keupayaan “same site, co-coverage” bersama-sama dengan C-band spectrum. Ini bermakna 6GHz frequency band boleh diletakkan bersebelahan dengan C-band spectrum sedia ada. Ini membolehkan peningkatan liputan dan prestasi rangkaian. Pencapaian baharu Huawei memberikan kelebihan tambahan kepada operator rangkaian untuk memenuhi sepenuhnya tuntutan pelanggan mereka. Ini kerana 6GHz membolehkan operator menyediakan kadar data yang lebih tinggi dan memberikan pengalaman 5G yang lancar dan boleh dipercayai kepada pelanggan.

Menurut statistik, pengguna 5G di seluruh dunia telah melebihi 1.2 bilion pengguna menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi untuk exceptional digital experience di seluruh dunia. Ini yang mendorong rangkaian 5G ke era baharu 6GHz. Contoh yang ketara adalah perbezaan penggunaan antara kandungan 2D dan 3D yang mana kandungan 3D adalah 3 hingga 10 kali ganda lebih tinggi traffic berbanding kandungan video 2D. Oleh itu, 1 minggu panggilan baru atau 1 hari cloud mobile phone usage boleh mencipta sehingga 1GB traffic. Aplikasi yang menggunakan kandungan seperti ini akan meningkatkan traffic demand lebih daripada 10 kali ganda, sekaligus membuka era baru untuk pengalaman pengguna.

Li Peng juga menyatakan, “Masa depan telah tiba. Untuk senario perniagaan seperti individu, keluarga, syarikat, dan Internet of Vehicles, perkhidmatan baru, pengalaman baru, dan senario baru memerlukan keupayaan rangkaian yang lebih tinggi. Peningkatan berterusan keupayaan rangkaian seperti Internet of Things akan membuka ruang pasaran yang lebih luas bagi pengendali dalam era 5.5G.”

Sumber: GizChina