Tablet pertama OnePlus, OnePlus Pad, yang sudah kedengaran sejak tahun lepas akan memasuki pasaran pada 7 Februari nanti seiring dengan OnePlus 11, OnePlus Buds Pro 2, OnePlus 11R dan OnePlus Keyboard.
Walau bagaimana pun, rekaan OnePlus masih belum diketahui sepenuhnya selain daripada cuitan gambar rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut, namun ada yang berkongsi rekaan penuh yang tertiris.
Terdapat kamera swafoto dibina pada bahagian bezel dan kamera belakang yang terletak pada bahagian tengah disertakan dengan LED flash. Warna pilihan untuk OnePlus Pad adalah hijau yang sinonim dengan warna OnePlus 8.
Besar kemungkinan tablet ini hanya dilancarkan untuk pasaran India sahaja seperti OnePlus 11R. Sama-sama kita tunggu dan lihat waktu pelancaran rasmi nanti dan berharap ia akan masuk ke pasaran Malaysia.

More Stories
HONOR Turns the Spotlight on Malaysians with a First-of-Its-Kind Consumer Awards
HONOR Makes History: Secures First No. 1 Market Share in Both Smartphones and Tablets in Malaysia
Beyond Smart: How OPPO and Google Are Teaching Phones to Remember and Respect Privacy