DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

StanbyME Go, TV Mudah Alih Dijual Pada Harga $999.99

Bulan ini, LG akan melancarkan StanbyME Go, sebuah TV LCD 27 inci 1080p yang unik dalam beg mudah alih, dengan harga $999.99 di AS. Ia mempunyai built in bateri dan pembesar suara, dan boleh digunakan sebagai peranti hiburan mudah alih untuk pelbagai majlis. Anda boleh menyesuaikan orientasi paparan, bermain beberapa permainan pada skrin sentuh, atau menggunakan software webOS LG untuk mengakses aplikasi penstriman. Ia juga menyokong screen cast, AirPlay, Bluetooth, dan Wi-Fi.

StanbyME Go dikatakan mempunyai ciri-ciri Dolby Vision dan Dolby Atmos, tetapi peak brightness dan hayat bateri yang mungkin rendah. Ia juga mempunyai outdoor mode and eight ambient themes untuk meningkatkan lagi pengalaman menonton. Anda boleh mengawalnya dengan skrin sentuh, alat kawalan jauh, atau arahan suara.

Produk ini sangat berbeza dari TV OLED LG tetapi jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan, StanbyME Go mungkin berbaloi untuk anda dapatkan. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh membelinya dari laman web LG, dan anda akan mendapat Xboom 360 Bluetooth speaker secara percuma jika anda membuat pre-order tidak lama lagi.