DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Siri Honor Magic6, Pencabar Samsung Galaxy S24 di Pasaran Canggih

A white card with gold text on it

Description automatically generated

HONOR adalah pencabar baharu Samsung Galaxy S24 di pasaran mewah dengan siri terbaru, HONOR Magic6.

HONOR secara terang-terangan telah membuat hantaran yang ‘mencabar’ jenama telefon pintar popular Korea Selatan itu menerusi akaun Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Menerusi hantaran yang kelihatan seperti sepucuk surat, HONOR Malaysia memberi ucapan selamat hari jadi ke-24 kepada Samsung dan disertai dengan sentimen ‘tiba masanya untuk perubahan’.

Pencapaian Mengagumkan

HONOR Malaysia menerima pencapaian yang mengagumkan pada tahun 2023 apabila HONOR X9a, HONOR 90 dan HONOR X9b tersenerai sebagai antara 10 telefon pintar yang paling banyak dicari pada Google’s 2023 Year in Search di Malaysia.

Selepas HONOR memutuskan untuk keluar daripada Huawei pada tahun 2021, jenama tersebut telah menerima pengiktirafan pasaran mewah dengan sekelip mata, menerusi inovasi teknologi canggih, terutama pada siri Magic.

HONOR telah menampilkan teknologi baharu seperti HONOR Falcon Camera System, bateri silikon-karbon, teknologi Risk Free Eye Protection, Discrete Security Chipset, HONOR Nanocrystal Shield dan teknologi engsel Magic V2’s superlight titanium.

Pelancaran Global

Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR kini bersiap sedia untuk pelancaran global di Mobile World Congress (MWC) 2024 pada bulan ini. Acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat dengan jangkaan tinggi ini, memberi harapan kepada HONOR agar mendapat prestasi lebih cemerlang pada tahun 2024.

HONOR Magic V2 dan edisi V2 RSR Porshe Design yang dipaparkan baru-baru ini di Malaysia berjaya menarik perhatian para CEO tempatan sebagai peranti pilihan mereka.

Pelancaran global HONOR Magic V2 RSR dan siri HONOR Magic6 akan diadakan di Barcelona, Spain pada 25 Februari 2024, 9 malam waktu Malaysia. Acara ini boleh ditonton melalui siaran langsung di laman web HONOR: https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/