DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Raja ‘Gaming’, Siri ROG Phone 8 Kini Rasmi di Malaysia

Siri ROG Phone 8 kini rasmi di Malaysia yang mana kali ini mereka membawa 3 model iaitu ROG Phone 8, ROG Phone 8 Pro dan ROG 8 Pro Edition.

ASUS bawakan pembaharuan pada rekaan dia yang kelihatan sangat premium dan slim kalau dibandingkan dengan model yang sebelum ini. Selain itu, ciri-ciri dia juga semakin advanced dengan teknologi AI. ROG tidak tertumpu pada pasaran gamers sahaja, mereka cuba untuk menarik pasaran maintstream dengan rekaan ROG kali ini.

Siri ROG Phone 8 dilengkapi dengan skrin Samsung LTPO AMOLED 6.78-inci, dengan kadar segar semula sehingga 165Hz. Tahap kecerahan skrin juga lebih tinggi sehingga mencapai 2,500nits dan ia dilapisi Corning Gorilla Glass Victus 2 untuk tahan calar.

Cip terbaik Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 menjadi penggerak utama yang digandingkan bersama RAM LPDDR5X sehingga 24GB dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB untuk model ROG Phone 8 Pro manakala untuk model ROG Phone 8 menggunakan RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.0 256GB.

Antara ciri baharu yang ada pada siri ROG Phone 8 adalah ia ada IP68 rating, yang tahan air dan debu, tidak seperti ROG Phone 7 yang ada IP54 rating. Begitu juga dari segi kamera, ASUS naiktaraf dengan meletakkan kamera telefoto 32MP dengan 3X optical zoom OIS, kamera utama 50MP sensor Sony IMX890 dan kamera ultralebar 13MP. Namun, dari segi bateri, kapasiti bateri dikurangkan kepada 5,500mAh.

Anda boleh pra-tempah siri ROG Phone 8 di DirectD dan boleh dapat hadiah eksklusif dengan harga bermula RM3999.