Bagi mereka yang masih menggemari candy bar smartphone berbanding foldable smartphone kerana form factor foldable smartphone yang kebiasaanya tebal dan berat, kini sudah tiba masanya untuk anda beralih arah. Hari yang kita impikan foldable yang lebih nipis dan ringan seperti candy bar, kini menjadi realiti dengan smartphone terbaru daripada HONOR.
HONOR Magic V2 sekali lagi menolak batas-batas inovasi sebagai foldable smartphone yang paling nipis dan ringan setakat ini. Dilengkapi dengan ciri-ciri terkini, reka bentuk, ketahanan, privasi, dan produktiviti yang mengagumkan, ini adalah foldable yang anda cari.
Rekaan yang nipis & ringan
HONOR Magic V2 memecahkan rekod dunia dari segi reka bentuknya, yang hadir dengan berat hanya 231g dan ketebalan hanya 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm apabila dibuka. Ia adalah peranti lipat pertama yang melangkah ke era milimeter dengan ketebalan di bawah 1cm apabila dilipat. Jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Z Fold5 dan OPPO Find N3, anda boleh lihat perbezaan yang ketara di antara ketiga-tiga smartphone ni. Sekalipun dengan telefon flagship seperti Samsung Galaxy S23 Ultra, tak jauh beza ketebalannya dengan HONOR Magic V2.
Smartphone | HONOR Magic V2 | Samsung Galaxy Z Fold5 | OPPO Find N3 | Samsung Galaxy S23 Ultra |
Weight | 231g | 253g | 245g | 233g |
Thickness | 9.9mm (dilipat) 4.7mm (dibuka) | 13.4mm (dilipat) 6.1mm (dibuka) | 11.7mm (dilipat) 5.8mm (dibuka) | 8.9mm |
Super-light titanium hinge
Hinge peranti ini dibina menggunakan material titanium yang mana ia 42% lebih ringan daripada stainless steel. HONOR menggunakan Shield Steel, sebuah bahan eksklusif, pada badan hinge yang 25% lebih nipis dan 20% lebih kuat daripada keluli biasa. Ia mampu untuk bertahan lebih daripada 400,000 kali lipatan. Jika ia dilipat sebanyak 100 kali sehari, ia masih lagi boleh bertahan sehingga sepuluh tahun.
Second Generation Nanocrystal Glass
HONOR Magic V2 ni mempunyai daya ketahanan yang luar biasa yang mana ia ada daya tahan kejatuhan 10 kali lebih baik daripada kaca biasa. skrin luaran ia juga mendapat 5-Star Drop Resistance Certification daripada SGS, untuk jaminan ketahanan yang luar biasa.
5000mAh dual silicon-carbon battery paling nipis dalam industri
HONOR memperkenalkan 5000mAh dual silicon-carbon battery, sebuah teknologi bateri yang sama diguna pakai dalam kereta EV, dengan ketebalan hanya 2.72mm. Ini merupakan bateri yang paling nipis dalam industri dengan ketebalan seperti sebuah kad. Dengan advanced electrochemical system, ia ada kitaran hayat 40% lebih lama berbanding foldable smartphone yang lain.
Paparan dengan penjagaan mata yang unggul
Dengan skrin luaran yang mesra pengguna dan skrin dalaman yang menyerupai tablet, HONOR Magic V2 menyediakan pengalaman paparan yang tiada tandingan. Skrin anti-reflection meningkatkan kepuasan menonton video terutama sekali dalam keadaan kurang pencahayaan. Ia ada teknologi 3840Hz PWM Dimming yang terunggul dalam industri HONOR, yang dapat mengurangkan ketegangan mata.
Kualiti paparan yang memberansangkan
Ia turut menampilkan skrin dengan 120Hz refresh rate untuk skrin dalaman dan luaran, 100% DCI-P3 color gamut, dan peak brightness sehingga 2500nits untuk skrin luaran dan 1600nits untuk skrin dalaman, memberikan pengalaman visual yang terang, jelas dan lancar.
Pengalaman yang baru dalam fotografi
HONOR Magic V2 menawarkan pengalaman fotografi tanpa tangan yang boleh berfungsi sebagai tripod. Dalam hover mode, pengguna boleh melihat foto atau video yang dirakam menerusi skrin luaran. Ini dapat memudahkan pengguna dan dalam masa yang sama meningkatkan pengalaman mereka dalam fotografi. Ia datang triple camera setup yang terdiri daripada 50MP kamera utama, 50MP Ultrawide dan 20MP kamera telephoto. Untuk kamera selfie, ia menggunakan 16MP untuk kamera luar dan juga dalam.






Lebih selamat dan lebih privasi
HONOR memperkenalkan AI Privacy Call 2.0 pada HONOR Magic V2, yang boleh menangani kebocoran bunyi ketika membuat panggilan telefon. Tambahan lagi, ciri Parallel Space turut diletakkan untuk menyimpan data kerja dan peribadi secara berasingan dengan selamat, yang dapat meningkatkan privasi dan juga keselamatan pengguna. Ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan Dual-TEE dengan Discrete Security Chipset, memastikan keselamatan maksimum untuk kata laluan dan biometrik.
Tingkatkan produktiviti ke tahap maksimum
Peranti ini membolehkan pengguna membuka sehingga 4 windows, membolehkan kemampuan split screen secara mendatar dan menegak. Ia juga ada ciri Magic Text yang inovatif yang boleh mengenal pasti kandungan teks dalam gambar, menukarnya menjadi teks yang boleh diedit untuk meningkatkan lagi produktiviti.
Prestasi permainan yang cemerlang
HONOR Magic V2 dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, yang dapat memberikan pengalaman permainan yang dipertingkatkan. Kemampuan split screen dan Parallel Space turut memberikan pengalaman permainan dual screen yang baharu kepada permainan mudah alih.
Kesimpulan
HONOR berjaya buktikan yang foldable smartphone tidak semestinya berat dan tebal walaupun dikuasai dengan flagship chipset dan bateri yang besar. Untuk mereka yang pertama kali ingin mencuba menggunakan foldable smartphone, HONOR Magic V2 adalah foldable smartphone yang paling sesuai untuk anda kerana form factor yang paling hampir dengan candy bar smartphone. Walaupun terdapat beberapa ciri yang boleh tambah baik seperti IP rating dan juga wireless charging, namun ia bukanlah satu kekurangan besar untuk sebuah foldable smartphone.

Kepada yang ingin mendapatkan HONOR Magic V2, ianya akan memasuki pasaran Malaysia bermula 25 Januari 2024 pada harga RM6999. Anda boleh pra-tempah mulai hari ini dan dapat 3 hadiah menarik bernilai RM3247.
More Stories
HONOR Garner Over 50 Media Accolades for AI and Product Excellence at MWC Barcelona 2025
HONOR Announces 7-Year Android Update Plan at MWC, Malaysia to Follow
HONOR’s Unveils AI Alpha Plan, New Devices at MWC Barcelona 2025