DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

HONOR Magic6 Pro ke Angkasa, Menguji Ketahanan Bateri

Selepas surat yang pertama, HONOR Malaysia telah menghantar surat kedua kepada Samsung menerusi laman Facebook rasminya pada 6 Februari.

Surat itu disertai ucapan bernada ejekan – ‘Recharge yourself but not too often‘ (caj semula diri anda tetapi jangan terlalu kerap) kepada jenama telefon pintar popular Korea Selatan itu.

Siri HONOR Magic6 ini didatangi dengan kemajuan luar biasa, yang mana antara ciri baharu terbesarnya adalah bateri karbon silikon, sama seperti yang digunakan dalam kenderaan elektrik Tesla.

HONOR Magic6 Pro mempunyai bateri karbon silikon generasi kedua 5600mAh yang bukan sahaja menawarkan pengecasan pantas dan melanjutkan hayat bateri tetapi juga mampu bertahan dengan persekitaran suhu rendah. Ini adalah satu-satunya telefon pintar daripada jenama arus perdana di pasaran yang mempunyai kapasiti bateri melebihi 5500 mAh.

Uji Kaji Ekstrem Bateri pada suhu -20°C – Power Enhanced Chip HONOR E1

Generasi kedua bateri karbon silikon ini mempunyai Power Enhanced Chip HONOR E1 baharu, yang dicipta untuk mengoptimumkan keberkesanan pengecasan dan memastikan ketahanan bateri, walaupun berada dalam cuaca ekstrem, termasuk suhu sejuk beku serendah -20°C.

Demi membuktikan keselamatan dan ketahanan bateri, HONOR telah melakukan beberapa siri ujian komprehensif pada bateri generasi kedua karbon silikon.

Antaranya, HONOR telah menghantar Magic6 PRO ke angkasa untuk menunjukkan kemampuan baterinya dalam mengharungi keadaan yang berbeza iklim dan ekspedisi ini boleh ditonton menerusi akaun Youtube Honor.

Sumber: HONOR

Video dengan tajuk ‘Discover the Galaxy by Magic‘ itu mempamerkan pengembaraan peranti tersebut menerokai angkasa dengan bateri dicas sepenuhnya. Selepas tiga jam didedahkan dengan keadaan dan cuaca ekstrem pada altitud tinggi, HONOR Magic6 Pro kembali ke bumi dengan baki bateri yang mengagumkan iaitu 86%!

Sumber: PhoneBuff

Youtuber PhoneBuff juga melakukan ujian ekstrem bateri pada HONOR Magic6 Pro dengan meletakkan peranti itu dalam peti pembeku (freezer) pada suhu -20°C. Setelah 13 jam rakaman video, peranti itu masih menunjukkan prestasi mengagumkan, membuktikan kemampuan generasi kedua bateri karbon silikon dalam mengharungi suhu rendah, berbanding lithium-ion biasa.

Sebagai info, bateri tersebut telah menerima pelbagai pengiktirafan berprestij, antaranya adalah UKCA, CE, GB Standards, CNAS dan UN38.3, dalam memenuhi piawaian industri yang ketat.

HONOR Magic6 Pro turut dilengkapi dengan kemampuan pengecasan pantas 80W yang menanjubkan. Ini merupakan peningkatan daripada 66W sebelum ini, yang mana memberi pengguna pengalaman pengecasan pantas dan cekap.

Tandakan kalendar anda untuk pelancaran global siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR pada 25 Februari 2024, jam 9 malam waktu Malaysia. Jangan lepaskan kehangatan ini dengan menonton acara tersebut di laman web HONOR: https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/