DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Serendah RM999, Anda Boleh Miliki Siri POCO X5 5G Yang Akan Hadir Di Malaysia

POCO telah melancarkan siri X5 5G mereka yang terdiri daripada POCO X5 5G dan X5 Pro 5G dan akan memasuki pasaran Malaysia pada minggu ini.

POCO X5 5G memfokuskan penggunaan harian yang normal seperti mesej, tonton video atau tatal media sosial. Ia dilengkapi skrin berukuran 6.67″ FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin dia dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3. Dari segi prestasi, Qualcomm Snapdragon 695 digunakan pada POCO X5 5G dengan bateri sebesar 5000mAh. 33W pengecasan turut disertakan di dalam kotak.

POCO X5 Pro 5G lebih tertumpu pada kerja-kerja yang lebih berat seperti edit gambar atau video serta bermain permua. Ia dikuasai oleh Qualcomm Snapdragon 778G dengan memori sehingga 8GB LPDDR4X serta storan sehingga 256GB UFS 2.2.Kapasiti bateri yang dibekalkan 5000mAh dengan 67W pengecasan pantas. Ia mempunyai saiz skrin berukuran 6.67″ FHD+ Flow AMOLED dengan 120Hz kadar segar semula dan 240Hz kadar bacaan sentuhan. Corning Gorilla Glass 5 digunakan pada versi ini.

Kedua-duanya menggunakan tiga kamera belakang tapi dengan perkakasan kamera yang berbeza. POCO X5 Pro menggunakan 108MP manakala POCO X5 menggunakan 48MP. Selebihnya menggunakan 8MP ultra lebar dan 2MP kamera makro.

POCO X5 Pro ada tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan kuning dan boleh didapati pada harga serendah RM1299 untuk 6GB RAM dan 128GB storan, RM1499 untuk variasi 8GB RAM dan 256GB storan. Untuk POCO X5 pula hadir dengan variasi yang sama dengan harga RM1099 dan RM1199 dengan pilihan warna hitam, biru dan hijau.