Peningkatan prestasi CPU dan GPU pada cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 adalah perbezaan utama diantara versi yang asal dan versi “for Galaxy”. Kelajuan Adreno GPU pada Galaxy S23 meningkat kepada 719MHz daripada 680MHz dan teras utama Kryo CPU telah di’overclock’ kepada 3.36GHz daripada 3.2GHz.
Terima kasih atas peningkatan itu, telefon pintar Galaxy yang terbaru dapat berfungsi dengan lebih pantas dan lebih berkuasa. Walau bagaimana pun, tetap ada seseorang yang akan mempersoalkan perkara ini sekiranya berlaku sebarang isu ‘overheating’ atau penurunan bateri secara berlebihan.
Namun, NPU pada Galaxy S23 40% lebih optimum untuk seimbangkan prestasi dan juga tenaga. Disebabkan itu juga, ia menyumbang kepada peningkatan prestasi bateri serta tenaga yang lebih efisien, seperti yang diberitahu pihak Samsung kepada portal ZDNET.
Selain itu, cip baru ni juga memperbaik prestasi dari segi permua membolehkan Galaxy S23 berupaya untuk surihan sinar pada masa nyata dan boleh proses kesan seperti “bloom”, gerakan kabur dan medan jelas dengan lebih cekap.
More Stories
Unfold Your World with Galaxy AI!
Find Your Cup of Personality with Samsung Galaxy A35 5G, Galaxy A55 5G!
Kedatangan Era Baru Galaxy AI