Sebelum ini, syarikat Huawei mengalami sekatan ekonomi untuk memiliki teknologi daripada Amerika Syarikat yang menyebabkan kesukaran dari segi jualan kelengkapan selular, peranti 5G serta mengakses faundri. Apa yang lebih merisaukan lagi, kemungkinan syarikat gergasi ini tidak lagi dapat membeli cip keluaran Qualcomm dan Intel, seperti yang dilaporkan dalam Reuters.
Sebelum ini, Huawei telah dimasukkan dalam senarai entiti dan diberi kebenaran untuk mengeluarkan telefon pintar dengan cip Qualcomm dan komputer riba Windows. Namun, pengeluaran lesen baharu dipercayai telah dihalang oleh Pentadbiran Joe Bidan yang membenarkan syarikat A.S menjual cip bukan 5G kepada Huawei.
Sudah pasti ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada Huawei yang baru sahaja bangkit daripada krisis ekonomi yang teruk akibat sekatan A.S sebelum ini sekiranya perkara ini benar-benar terjadi.

More Stories
HONOR 600 Series Lands First in Malaysia with Major Camera Upgrades
HONOR Is Elevating Its N Series And It’s A Bigger Deal Than You Think
realme 16 Pro Series: Where Street, Travel, and Style Come to Life