Hari ini berlangsungnya pelancaran siri OPPO Reno8 T yang hadir dengan dua variasi, versi 4G dan versi 5G yang mempunyai daya tarikan mereka yang tersendiri.
Saiz skrin yang digunakan oleh Reno8 T 5G berukuran 6.7-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Untuk Reno8 T 4G mempunyai skrin sebesar 6.43-inci FHD+ dengan 90Hz kadar segar semula. Kedua-duanya dilengkapi dengan tiga kamera belakang tersedia dengan 108MP untuk Reno8 T 5G dan 100MP untuk Reno8 T 4G. selebihnya 2MP kamera kedalaman dan 2MP kamera makro.
Reno8 T 5G menggunakan cip Snapdragon 695 manakala Reno8 T 4G menggunakan Snapdragon 680 dengan memori dan storan yang sama, 8GB dan 256GB. 4800mAh bateri dibekalkan pada versi 5G dengan sistem pengecasan pantas 67W. Kapasiti yang lebih besar diberikan pada versi 4G dengan 5000mAh bateri, diikuti sistem pengecasan pantas 33W.
Bagi yang berminat, boleh pratempahan di DirectD bermula hari ini dengan harga RM1399 untuk Reno8 T 4G variasi 8GB RAM dan 256GB storan. Untuk Reno8 T 5G boleh beli pada harga RM1799 untuk variasi 8GB RAM dan 256GB storan dengan pelbagai hadiah eksklusif yang ditawarkan.
More Stories
realme GT 7 Pro – rekabentuk minimalis dengan spesifikasi dalaman yang berkuasa!
Magical Savings! HONOR Magic6 Pro, 200 Series and X6b Now More Affordable!
HONOR Magic V3 Impressively Balance on World’s Tallest House of Cards!