DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Mediatek Dimensity 9300, All-big Core CPU dengan 4nm+ telah Dilancarkan

MediaTek telah mengumumkan cip baharu mereka iaitu Dimensity 9300, yang akan bersaing dengan Snapdragon 8 Gen 3 dari Qualcomm dalam telefon pintar Android.

Dimensity 9300 dibuat dengan proses 4nm+ dari TSMC dan mempunyai reka bentuk all-big core CPU. Ia mempunyai single core Cortex-X4 pada 3.25GHz, triple core Cortex-X4 pada 2.85GHz, dan quad core Cortex-A720 pada 2.0GHz, semua berdasarkan Armv9. MediaTek mengatakan Dimensity 9300 adalah 40% lebih laju dan 33% lebih jimat tenaga berbanding Dimensity 9200.

Cipset ini juga mempunyai 12-core Immortalis-G720 MC13 GPU dengan ray tracing, yang 46% lebih laju dan 40% lebih jimat tenaga daripada generasi sebelumnya. Dimensity 9300 menyokong RAM LPDDR5T pada 9,600Mbps dan storan UFS 4.0 dengan MCQ.

APU 790 mengendalikan tugas AI, seperti Generative AI dengan Stable Defusion dan LLM dengan parameter sehingga 33 bilion. Cip ini menyokong skrin dengan resolusi sehingga WQHD dan kadar segar semula 180Hz, serta paparan dua-aktif untuk telefon lipat.

ISP Imagiq 990 mengendalikan tangkapan imej, dengan always-on HDR dan image stabilization. ISP ini boleh merakam video sehingga 8K pada 30 fps atau 4K pada 30/60 fps dengan cinematic mode dan real-time bokeh. Modem 5G R16 menyokong Sub-6GHz dan mmWave band, dengan teknologi MediaTek UltraSave 3.0+ untuk kecekapan tenaga.

Siri vivo X100, yang akan dilancarkan hari ini di China, dijangka menjadi yang pertama menggunakan platform Dimensity 9300. Lebih banyak pengeluar Android kemungkinan akan mengikuti jejak mereka tidak lama lagi.