DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Info Ringkas Tentang Apple WWDC 2023

Tahun ini, Apple telah mengumumkan sesuatu yang besar dan baharu iaitu set kepala realiti gabungan yang membolehkan anda menonton TV, melihat Excel, FaceTime atau apa-apa perkara yang boleh dilakukan pada iPhone dan aktiviti komputer, tetapi dalam keadaan yang lebih mendalam dan dekat di wajah anda.

Vision Pro

Vision Pro, set kepala realiti gabungan pertama daripada Apple, yang membolehkan pengguna mengawal aplikasi dan alat menggunakan mata, kepala, dan suara mereka. Ia menawarkan pengalaman antaramuka di mana aplikasi dan kandungan muncul secara apungan di udara dalam persekitaran pengguna. Headset ini dilengkapi dengan mahkota digital yang serupa dengan Apple Watch dan disambungkan ke bateri dengan jangka hayat 2 jam. Ia juga mempunyai ciri EyeSight yang memaparkan mata pengguna dan turut dilengkapi dengan kamera 3D untuk merakam momen. Ia dikuasakan oleh cip Apple M2 dan Apple R1, berasaskan sistem operasi visionOS.

MacBook Air 15 Inci

Apple turut melancarkan MacBook Air 15 inci dengan ketebalan 11.5mm dan berat 1.3kg, merupakan laptop 15 inci yang paling nipis di dunia. Ia dikuasai oleh cip Apple M2 dengan 8-core CPU dan 10-core GPU. Ia juga mempunyai dua USB-C port, Magsafe charging dock dan lubang audio jack. Ia bateri yang boleh bertahan selama 18 jam dan hadir dengan 4 pilihan warna, termasuk Midnight dan Starlight.

Mac Pro

Selain daripada itu, Apple turut memperkenalkan Mac Pro terbaru yang dikuasakan oleh cip M2 Ultra 24-core CPU, yang menyokong sehingga 76-core GPU, 8 Thunderbolt 4 port dan sehingga 6 high-end Apple Pro Display XDR. Ia diperbuat daripada stainless steel frame dengan rekaan yang mudah dibawa. Ia sebuah komputer desktop high-end yang direka untuk professional dan pereka grafik. Apple juga ada umumkan Mac Studio yang menggunakan cip Apple M2 atau M2 Ultra.

iOS 17

iOS 17 membawakan beberapa pembaharuan dalam software iPhone. Ciri terbaru yang diberi nama NameDrop membenarkan dua iPhone atau Apple Watch berkongsi data yang sama di antara satu sama lain. Untuk FaceTime, platform audio atau video kini anda fungsi voicemail yang membolehkan pengguna meninggalkan mesej video kepada kawan mereka. Tambahan lagi, kemampuan mencari dalam mesej telah dipertingkatkan dan ciri catch-up yang anda boleh setklan untuk memberi notifikasi kepada keluarga atau teman anda secara automatik. keseluruhan lockscreen UI juga berubah sekiranya anda pegang iPhone dalam keadaan melintang.

iPadOS 17

Software tablet yang baru juga mendapat kemaskini ciri yang serupa dengan iOS 17 termasuklah ciri mesej yang baru serta kemampuan AirDrop dan autocorrect yang lebih pintar pada text input. Akan tetapi, apa yang lebih terkini pada tahun ini adalah keupayaan mengubahsuai lockscreen mengikut citarasa sendiri. Ia juga turut hadir dengan aplikasi Health dan boleh tunjukkan Live aktviti seperti iOS.

macOS Sonoma

macOS Sonoma, sistem operasi baharu untuk Mac. Ciri baru yang dibawakan seperti desktop widget, Apple TV-lie aerial screensavers dan aplikasi yang dinaiktaraf seperti Messages dan Safari. Untuk kegunaan permainan, ia ada Game Mode yang memberi keutamaan pada prestasi CPU dan GPU. Ia juga ada fungsi video-conference expansion melalui FaceTime. Widget juga ada pada desktop MacOS dan Safari turut diberi peningkatan fungsi pada Private Browsing.

tvOS 17

Selain daripada itu, Apple mengumumkan kemaskini untuk tvOS 17. Yang paling utama ialah FaceTime kini hadir di Apple TV. Aplikasi FaceTime yang baru membolehkan anda lakukan panggilan video pada TV anda menerusi kamera iPhone atau iPad anda. Apple juga menyatakan anda boleh gunakan FindMy untuk mencari Apple TV remote yang hilang pada kemaskini yang akan datang.

watchOS 10

Pada software Apple Watch, Apple meletakkan rekaan aplikasi dan widget yang baru supaya tampil dengan lebih informasi hanya dengan sekali pandang. Anda hanya perlu putarkan digital crown dan ia akan bawa semula widget stack dan membenarkan anda skrol dengan lebih mudah dan cepat. Ia juga datang dengan dua watch faces yang baharu iaitu Colour-Palette themed dan Peanut, karakter daripada Snoopy and Woodstock. Selain itu, statistik tambahan dapat dilihat untuk workout Cycling, jika anda sambungkan kepada bike sensor melalui bluetooth. Apple turut menambah mood-logging baharu pada aplikasi Mindfulness yang boleh diakses pada jam dan iPhone anda