Huawei telah mencipta sistem operasi baru yang dipanggil HarmonyOS 4 yang boleh digunakan pada pelbagai jenis peranti. Berbanding dengan versi sebelumnya, ia menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 20% dan peningkatan hayat bateri sebanyak 30%. Selain itu, ia juga menawarkan ciri-ciri baru yang menjadikannya lebih fleksibel dan mesra pengguna.
Home Screen kini boleh customize dan diubah mengikut kesukaan pengguna. Mereka boleh menggunakan gambar sendiri dan pelbagai corak untuk mencipta wallpaper yang menakjubkan, serta menukar jenis huruf dan widget pada menu.
Sehingga 1,800 emoji animasi yang eksklusif untuk HarmonyOS 4.0 juga disediakan. Selain boleh digunakan dalam aplikasi mesej, emoji ini juga boleh digunakan sebagai gambar latar dan fungsi AOD lain pada skrin utama. Selain itu, pengguna juga boleh mengakses alat yang dipanggil Panorama Weather, yang menunjukkan ramalan cuaca yang tepat dan semasa.
Ciri Live View dan Mood Window pada HarmonyOS 4.0 juga menarik. Mood Window adalah untuk wearable devices, manakala Live View adalah untuk telefon pintar dan tablet. Sama seperti peranti Apple, mereka membolehkan pengguna melihat notifications atau maklumat tanpa perlu membuka aplikasi.
Super Transit Station, yang merupakan hub baru untuk menyimpan dan memindahkan fail antara peranti, adalah ciri baharu lain dalam HarmonyOS 4.0. Ia menyokong perkongsian multiple screen dengan sistem infotainment yang menggunakan HarmonyOS dan lebih mudah daripada versi sebelumnya.
Ciri-ciri lain termasuk keselamatan yang dipertingkatkan dengan pusat kawalan aplikasi baru yang boleh menghalang aplikasi bermasalah, menyembunyikan data pengguna, dan sebagainya. Ciri-ciri lain juga termasuk carian yang lebih pintar dan pembantu suara yang lebih semula jadi bernama Xiaoyi.
More Stories
HONOR X9c Smart: Tiba pada 11 Disember 2024 dengan Harga RM1,099
HONOR X9c Smart – Affordable, Lite Edition of HONOR X9c 5G Coming Soon!
realme GT 7 Pro: The First Snapdragon 8 Elite in Malaysia is Now Available!