HONOR X9a menarik perhatian dunia telefon pintar pada bulan Januari dengan curved OLED screen yang tahan lasak. Kini, HONOR akan melancarkan versi yang baharu, iaitu HONOR X9b. Huruf ‘b’ melambangkan “beyond toughness,” yang bermaksud HONOR X9b akan mempunyai All-Angle Ultra Tough Design yang menjadikannya sangat tahan lasak.
HONOR X9b mempunyai ketahanan 360°, menjadikannya lebih kuat dan teguh daripada model sebelumnya. HONOR bertekad untuk memastikan ia boleh bertahan apabila jatuh dari sudut mana pun. Ini menunjukkan dedikasi HONOR untuk memberikan pengguna peranti yang boleh diguna tanpa perlu risau tentang ketahanannya.
Ultra-Bounce Anti-Drop Display HONOR mempunyai tiga lapisan perlindungan, terdiri daripada single-point reinforcement, all-around cushioning dan deep seal protection. HONOR X9b dibina untuk menghadapi cabaran yang paling berat yang sukar dihadapi oleh telefon pintar, dari segi skrin hingga ke bahagian dalaman.
HONOR X9b menggunakan special cushioning material yang boleh menyerap 1.2 kali impak jatuh, menjadikannya tidak mudah pecah apabila terjatuh. Ini menjadikan ia telefon pintar pertama di dunia yang mendapat 5-star all-angle drop resistance certification dari SGS Switzerland, bukti tahap ketahanannya.
Ikuti perkembangan terkini HONOR untuk memperkenalkan HONOR X9b, telefon pintar yang sangat tahan lasak dan sesuai untuk gaya hidup penuh cabaran. Untuk berita dan kemas kini terkini, boleh lihat di media sosial DirectD.
More Stories
HONOR MagicBook Art 14: Ultra-Slim, Lightweight AI-Powered Laptop Available Nationwide on 20 September 2024
HONOR Malaysia Unveils Cutting-edge MagicPad 2 Tablet and MagicBook Art 14 Laptop
World’s Thinnest Foldable, HONOR Magic V3 Debuts in Malaysia