DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Flagship Killer Kembali, OnePlus Nord 3

Kini telah rasmi pelancarkan telefon pintar OnePlus yang baharu dalam siri Nord, OnePlus Nord 3 yang sering dikaitkan sebagai sebuah flagship killer kerana spesifikasi yang ditawarkan memang sangat memberansangkan tapi dengan harga yang berpatutan.

OnePlus Nord 3 merupakan sebuah telefon mid-range tetapi dengan rekaan flagship. Tidak memandang rupa semata-mata, keselesaan ketika memegangnya turut menjadi faktor yang penting untuk sebuah peranti flagship.

Ciri ikonik OnePlus, Alert Slider telah kembali diletakkan pada peranti OnePlus bagi mereka yang merindukannya. Ciri ini tidak sepatutnya dikeluarkan dan harus dikekalkan untuk semua telefon pintar OnePlus. Ia sangat membantu di saat-saat yang genting seperti terlupa silentkan telefon ketika mesyuarat.

OnePlus Nord 3 mempunyai skrin 6.74 inci 1.5K AMOLED dengan resolusi 2772 x 1240 pixel. Ia juga adaptive refresh rate sehingga 120Hz dan boleh turun serendah 40Hz. Ia dilengkapi dengan cip Mediatek Dimensity 9000, bersama-sama dengan 16GB RAM dan storan 256GB. Ini merupakan RAM yang paling besar pernah ada pada peranti OnePlus.

Dalam hal fotografi, peranti ini mempunyai dua camera ring pada bahagian belakang yang mana pada bahagian atas ada satu kamera manakala pada bahagian bawah ada dua kamera. Ia terdiri daripada sensor kamera utama 50MP Sony IMX890 sensor dengan OIS, 8MP kamera ultrawide dengan 112° FOV dan juga 2MP kamera makro. Untuk swafoto, ia menggunakan kamera hadapan sebesar 16MP. Ia juga menyokong rakaman video 4K dengan 60 fps.

Ciri lain yang menarik yang ada pada OnePlus Nord 3 ini ialah dilengkapi dengan kapasiti bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Ia mampu untuk mengecas dari 1-60% dalam masa 15 minit dan hanya memerlukan masa 31 minit sahaja untuk penuh. Ia turut dilengkapi dengan Battery Health Engine yang membantu tingkatkan jangka hayat bateri sehingga 4 tahun. Disertakan sekali 15 temperature sensors yang memberikan kestabilan kadar pengecasan.

Dari segi perisian, ia berjalan dengan OxygenOS 13.1 berasaskan Android 13 yang telah dinaiktaraf. Ia ada Zen Space yang dapat membantu mengurangkan bunyi latar dan notifikasi. Tidak dilupakan juga ciri O-Relax, sebuah aplikasi baharu yang membantu menenangkan anda dengan bunyi-bunyian, calming white noise serta permainan mini.

Kepada mereka yang berminat boleh pre-order OnePlus Nord 3 ni di seluruh cawangan DirectD di Malaysia bermula dari 5 Julai 2023, dengan harga RM2199.