Nothing Phone 2, peneraju untuk Nothing Phone 1 telah mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. CEO syarikat tersebut, Carl Pei, telah berikan beberapa petunjuk untuk telefon yang akan dilancarkan nanti dan sekarang sudah ada informasi tentang ciri telefon tersebut dan bila ia akan dilancarkan.
Nama Nothing Phone 2 sudah terlihat dalam senarai pengiktirafan yang kemungkinan ia akan keluar lebih awal daripada yang dijangkakan. Menurut 91Mobiles, nombor model Nothing Phone 2 ada pada laman web Bureau of Indian Standards (BIS) certification, tempat pertama yang ada nama peranti tersebut dalam mana-mana certification database.
Kemudian, Nothing Phone (2) telah menerima radio wave certification daripada NRRA (National Radio Research Agency) di Korea Selatan, yang mengesahkan bahawa telefon tersebut akan dilancarkan secara global pada bulan Julai 2023. Ini selari dengan pengumuman yang dibuat oleh CEO syarikat tersebut yang mana ia akan dilancarkan di AS dan pasaran global yang lain pada Julai 2023.

More Stories
HONOR 600 Series Lands First in Malaysia with Major Camera Upgrades
HONOR Is Elevating Its N Series And It’s A Bigger Deal Than You Think
realme 16 Pro Series: Where Street, Travel, and Style Come to Life