Xiaomi mengumumkan acara “Leap Beyond the Moment” untuk melancarkan Xiaomi HyperOS, sistem operasi baru yang menyambungkan pelbagai peranti peribadi, kereta, dan smart home. Ia menumpukan pada empat objektif utama iaitu Low-level Refactoring, Cross-End Intelligent Connectivity, Proactive Intelligence, dan End-to-End Security. Ini untuk memberikan pengalaman yang baharu kepada pengguna. Sistem operasi ini akan dipasang terlebih dahulu pada peranti seperti Xiaomi 14 Series, Xiaomi Watch S3, Xiaomi TV S Pro 85″ MiniLED, dan lain-lain di pasaran tempatan mereka.
Xiaomi telah berkembang pesat dalam masa 13 tahun ini, dari hanya 100 pengguna kepada 1.175 bilion pengguna di seluruh dunia yang menawarkan produk dalam lebih 200 kategori. Dalam era Internet of Things, Xiaomi menghadapi cabaran dalam menguruskan pelbagai sistem operasi peranti dan memastikan keserasian kesemua ekosistem mereka. Untuk menyelesaikan ini, mereka mencipta Xiaomi HyperOS, projek yang dimulakan pada 2017 untuk membawa keseimbangan dalam bidang IoT. Matlamatnya adalah untuk mengintegrasikan semua peranti ekosistem ke dalam satu sistem yang sama, bertujuan untuk meningkatkan prestasi peranti, memastikan pengalaman pengguna yang konsisten, dan memudahkan penyambungan.
Xiaomi HyperOS berasaskan Linux dan sistem Xiaomi Vela milik mereka sendiri yang menawarkan keserasian yang meluas dan pengurusan sumber yang tepat, menyokong lebih 200 processor platforms dan lebih daripada 20 standard file systems. Ia akan sesuaikan dengan saiz RAM peranti yang berbeza, dari 64KB hingga 24GB, mengoptimumkan peruntukan sumber dan mengurangkan system firmware size. Kemampuan penjadualannya meningkatkan prestasi dan kecekapan kuasa, terutamanya dalam resource-intensive applications.
Sistem operasi ini juga memperkenalkan HyperConnect framework untuk seamless networking diantara peranti, membolehkan pengguna mengawal ekosistem mereka yang bersambung dengan mudah. Pengguna boleh bertukar sumber kamera, berkongsi kandungan, dan menikmati ciri-ciri berasaskan AI seperti kecerdasan proaktif melalui HyperMind.
Selain itu, Xiaomi HyperOS mengintegrasikan model asas besar, membolehkan kemampuan AI yang maju untuk pelbagai aplikasi. Ia mengoptimumkan penempatan model AI dan meningkatkan penjanaan imej, menyokong ciri-ciri seperti sarikata sebenar, carian imej, dan AI-enhanced artwork.
Privasi dan keselamatan adalah penting, dengan TEE buatan sendiri Xiaomi dan end-to-end encryption memastikan perlindungan data merentasi rangkaian. Xiaomi mengamalkan prinsip sumber terbuka dan menjemput rakan kongsi untuk menyumbang kepada ekosistem pintar.
Xiaomi juga membuka sumber Xiaomi Vela, platform perisian IoT berasaskan NuttX, bertujuan untuk menyederhanakan pembangunan peranti IoT, menggalakkan inovasi, dan meningkatkan penyambungan.
Secara ringkasnya, Xiaomi HyperOS adalah sistem operasi berpusatkan pengguna yang direka untuk menyambungkan peranti peribadi, kereta, dan smart home, memajukan smart ecosystem “Human x Car x Home” Xiaomi. Ia akan dipasang terlebih dahulu pada pelbagai peranti, termasuk Xiaomi 14 Series, di pasaran tempatan mereka.
More Stories
HONOR X9c Smart: Tiba pada 11 Disember 2024 dengan Harga RM1,099
HONOR X9c Smart – Affordable, Lite Edition of HONOR X9c 5G Coming Soon!
realme GT 7 Pro: The First Snapdragon 8 Elite in Malaysia is Now Available!