DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Sony Xperia 1 V Bakal Tiba Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM6399

Sony telah mengumumkan telefon pintar baharu mereka, Xperia 1 V. Ia mempunyai beberapa peningkatan berbanding model yang sebelumnya, termasuk reka bentuk baru, cip yang lebih berkuasa, dan kamera yang lebih baik.

Xperia 1 V mempunyai rekaan berlekuk dengan bingkai logam sisi rata. Pada bahagian belakang mempunyai sentuhan matte bertekstur dengan perlindungan tempered glass. Susunan tiga kamera belakang telah diubah suai, di mana setiap kanta mempunyai penutup kaca tersendiri.

Ia dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, yang merupakan cip terkini dan antara yang paling berkuasa yang tersedia pada hari ini. Ia juga mempunyai 12GB RAM dan ruang storan 256GB. Peranti ini berasaskan Android 13 dan mempunyai paparan visual 4K 6.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Kamera merupakan salah ciri utama yang diketengahkan pada Xperia 1 V. Ia mempunyai kamera utama 52MP dengan sensor 1/1.35-inci, kamera ultra-lebar 12MP, dan kamera telefoto 12MP dengan zum optik 5.2x. Kamera dia juga mempunyai beberapa ciri baharu seperti fokus automatik yang telah dinaiktaraf, penjejakan subjek yang lebih baik, dan antara muka baru yang memfokuskan pada potret.

Xperia 1 V akan tersedia dalam warna Black, Platinum Silver, dan Khaki Green. Ia akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Julai 2023, dengan harga runcit RM 6,399.