Sony merancang untuk mengeluarkan enam model Xperia pada tahun 2023, termasuk Xperia 5 V, Xperia 1 V, Xperia PRO-II, Xperia 10 V, dan Xperia ACE IV. Butiran terkini mengenai Xperia 5 V turut didedahkan melalui ciapan Ross Young, seorang penganalisis paparan, yang menyatakan bahawa Sony sedang merancang untuk mengeluarkan smartphone kompak baru dengan skrin berukuran 6.05 inci. Peranti baharu ini dijangka menjadi sebahagian daripada rangkaian Sony 5 dan mungkin mempunyai skrin yang sedikit lebih kecil daripada Xperia 5 IV sebelumnya yang mempunyai skrin 6.1 inci dengan kadar segar 120Hz.
Langkah ke arah skrin yang lebih kecil ini juga merupakan satu trend dalam industri telefon pintar, di mana pengeluar lain juga cuba mencipta telefon yang lebih kompak dengan skrin yang lebih kecil. Xperia 5 V yang didakwa akan dikeluarkan pada bulan September dijangka akan digerakkan oleh Snapdragon 8 Gen 2 yang merupakan cip andalan Qualcomm. Sesetengah peranti Xperia yang dikeluarkan tahun ini juga dijangka akan menggantikan sensor kapasitif pengimbas cap jari kepada sensor pengimbas cap jari di dalam skrin, ciri yang terdapat pada kebanyakan telefon Android yang lebih tinggi harganya.
More Stories
HONOR Magic V3 Impressively Balance on World’s Tallest House of Cards!
Unfold Your World with Galaxy AI!
HONOR 200 Series: First Mid-range Phone with Flagship AI Features