DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Qualcomm Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 3, Mampu Menjana AI serta Sokongan Grafik 240fps

Snapdragon 8 Gen 3 ialah cip terbaru dari Qualcomm, dibuat dengan proses 4nm, yang lebih tertumpu pada ciri AI, permainan, audio, dan ciri-ciri kamera. Cip ini 30% lebih laju dan 20% lebih cekap daripada model yang sebelum ni. Ia mempunyai 8 core CPU dengan clock speed sehingga 3.3 GHz. Ia meyokong sehingga 24 GB RAM LPDDR5x dan Wi-Fi 7. Ia juga mempunyai modem X75 5G dengan sub-6 GHz dan mmWave bands.

AI Engine cip ini boleh menjalankan model generatif dan speech recognition yang canggih untuk memberikan respons yang pantas pada smart AI assistant. Sensing Hub boleh mengakses data peribadi anda dengan selamat untuk memberikan cadangan AI yang lebih baik.

Ciri-ciri kamera juga turut ditingkatkan oleh AI. Cip ini boleh meningkatkan warna dan butiran imej, mencerahkan video gelap, menghapus objek atau orang yang tidak dikehendaki, menangkap video kamera depan dan belakang, dan meluaskan imej melebihi data asal. Ia juga mempunyai kemampuan HDR yang lebih baik.

Cip ini boleh menyokong permainan pada 240 fps pada paparan 240 Hz. Ia mempunyai Adreno Frame Motion Engine 2.0 untuk playback yang lebih lancar dengan sokongan Unreal Engine 5.2. Dari segi GPU, kelajuan dan kecekapannya meningkat sebanyak 25%, dan mempunyai Ray Tracing yang lebih baik yang meningkat kepada 40%. Cip ini juga boleh menyampaikan muzik tanpa kehilangan kualiti melalui Bluetooth pada kualiti 24-bit 96 kHz.

Qualcomm menjangkakan peranti dengan Snapdragon 8 Gen 3 baharu akan tersedia tidak lama lagi. Ia telah bekerjasama dengan banyak jenama telefon pintar seperti Asus, Honor, OnePlus, Oppo, realme, Sony, Xiaomi, dan banyak lagi.