DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Snapdragon G1, G2 Dan G3, Cip Siri Terbaru Snapdragon Untuk Handheld Gaming

Qualcomm Technologies, Inc. telah memperkenalkan handheld gaming portfolio Snapdragon G Series yang dicipta khusus untuk peranti permainan. Dengan Snapdragon G Series, anda boleh bermain apa sahaja permainan, di mana-mana sahaja.

Snapdragon G1 direka untuk peranti permainan tangan tanpa kipas yang stream games dari internet atau locally. Snapdragon G1 memberi tumpuan kepada seamless connectivity dan battery life supaya pemain boleh terus menikmati permainan konsol dan PC kegemaran mereka. Produk Snapdragon G1 pertama ialah Platform Snapdragon G1 Gen 1 yang mempunyai CPU Qualcomm Kryo (8 Core) dan GPU Qualcomm Adreno A11.

Snapdragon G2 pula untuk mobile dan cloud gaming yang lengkap dengan processor yang lebih baik, 5G dan Wi-Fi 6/6E terkini dari Qualcomm FastConnect 6700 Mobile Connectivity System. Platform Snapdragon G2 Gen 1 adalah Produk Snapdragon G2 pertama yang menawarkan top-tier mobile dan cloud gaming di mana sahaja. Ia mempunyai Snapdragon X62 5G Modem-RF System, GPU Adreno A21, dan CPU Kryo (8 Core) yang terkini.

Model flagship, Snapdragon G3, direka dengan enthusiast features dan performance yang mengoptimumkan kehebatan permainan Qualcomm Technologies. Snapdragon G3 ada kemampuan permainan yang terbaik dalam pelbagai gaming environments. Produk terkini dalam Siri G3 ialah Platform Snapdragon G3x Gen 2. Ia mempunyai CPU Kryo (8 Core) dan GPU Adreno A32 dengan prestasi CPU lebih tinggi sekitar 30% dan prestasi GPU dua kali lebih pantas daripada pendahulunya. Selain itu, ia juga mempunyai kemampuan permainan tinggi seperti hardware-accelerated ray tracing, permainan resolusi tinggi, XR glass tethering, low-latency premium Bluetooth audio with Snapdragon Sound Technology Suite, dan highest wireless speeds via Wi-Fi 7 High-Band Simultaneous (HBS), 5G sub-6, and mmWave.

Snapdragon G3x Gen 2 Handheld Gaming Reference Design kini tersedia dan disampelkan kepada kumpulan OEM dan ODM yang terpilih, yang akan membantu mempercepatkan pengenalan peranti permainan khusus berkualiti tinggi ke dalam pasaran. Pengumuman mengenai produk tertentu untuk pelanggan akan datang tidak lama lagi.

Specialized handheld gaming systems adalah platform terbaik untuk bermain permainan mudah alih. Namun, pemain mahu bermain semua permainan kegemaran mereka di pelbagai platform, termasuk konsol, PC, dan cloud services.” menurut Mithun Chandrasekhar, senior director of product management di Qualcomm Technologies, Inc. “Peranti yang dikuasakan oleh Snapdragon G Series generasi baru adalah tempat terbaik untuk pemain bermain permainan kegemaran mereka ketika di luar kerana ia memberi mereka pilihan untuk bermain dari cloud, konsol, peranti Android, atau PC.”