DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

POCO F5 Dan POCO F5 Pro Sudah Rasmi Dilancarkan

POCO F5 dan F5 Pro telah diperkenalkan secara rasmi dan kini boleh didapati di pasaran. Kedua-dua peranti ini telah menarik banyak perhatian dalam talian atas sebab spesifikasi yang ditawarkan sangat lumayan pada harga yang berpatutan untuk tahun 2023.

POCO F5 dikuasai oleh cip snapdragon 7+ Gen 2 menjadikan ia peranti pertama di Malaysia dan di seluruh dunia yang menggunakan cip tersebut. Dengan skrin berukuran 6.67 inci FHD+ Flow AMOLED DotDisplay dengan resolusi 2400 x 1080 pixel. Untuk visual yang lebih terang dan lancar, kadar segar semula 120Hz dan paparan Dolby Vision turut diletakkan pada ciri skrin tersebut. Ia juga menggunakan memori sebesar 8GB LPDDR5 dan storan 128GB dan 256GB sahaja.

Konfigurasi kamera terdiri daripada 64MP kamera utama dengan OIS, 8MP kamera ultra-lebar dan 2MP kamera makro. 16MP kamera swafoto pada bahagian hadapan. Teraair antara ciri menarik yang ditawarkan, yang memberikan kesan bingkai gambar seolah-olah filem gambar, disertai dengan 7 penuras khas.

Ia dilengkapi dengan bateri 5000mAh dengan kelajuan pengecasan 67W. Ia mampu untuk cas daripada 0% ke 100% dalam masa hanya 50 minit. Pengecas pantas juga disertakan di dalam kotak. Ciri lain seperti sokongan 5G, perlindungan IP53, speaker stereo Dolby Atmos, sensor inframerah dan enjin getaran turut dikekalkan dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi dan tambahan lubang bicu audio 3.5mm.

POCO F5 Pro pula menampilkan skrin 6.67 inci WQHD+ Flow AMOLED DotDisplay dengan resolusi 3200 x 1440 pixel, kadar segar semula 120Hz, tahap kecerahan sehingga 1400 nits, dan kadar persampelan sentuhan segera sehingga 480Hz. Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan ukuran 4nm, dan tersedia pilihan RAM 8GB atau 12GB. Ia juga dilengkapi dengan penyejukan cecair berlapis. RAM boleh diperluas lagi dengan menggunakan storan UFS 3.1.

Di bahagian belakang, POCO F5 Pro menggunakan pemasangan tiga kamera, termasuk kamera utama 64MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Di bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto 16MP.

POCO F5 Pro dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 5160mAh yang menyokong pengecasan 67W dan buat pertama kalinya Poco letakkan pengecasan nirwayar 30W pada peranti mereka. Pengecas 67W turut disertakan di dalam kotak. Ciri-ciri lain termasuk perlindungan IP53, pembesar suara stereo, pemancar IR, dan MIUI 14 berasaskan Android 13.

POCO berusaha memberikan pengalaman peranti bertaraf premium pada harga yang jauh lebih terjangkau. Mereka menghadirkan ciri-ciri seperti skrin resolusi tinggi, cip yang berkuasa, pengecasan yang pantas, sokongan untuk rangkaian 5G, serta rekaan yang kompak, elegan, dan profesional seperti yang diinginkan oleh seorang usahawan yang berjaya.

Untuk POCO F5, terdapat dua pilihan variasi yang tersedia. Variasi pertama adalah 8/256 GB dengan harga RM1699, manakala variasi kedua adalah 12/256 GB dengan harga RM1799. POCO F5 Pro ditawarkan dengan harga bermula dari RM2099 untuk 8/256 GB, RM2199 untuk 12/256 GB, dan RM2399 untuk 12/512 GB.