DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Pengguna Malaysia Kini Boleh Akses Ratusan Permainan dengan Google Play Pass

Google telah mula memperkenalkan ciri Google Play Pass kepada pengguna di Malaysia secara berperingkat. Ini adalah perkhidmatan langganan dari Google yang membolehkan pengguna mengakses ratusan permainan mudah alih tanpa sebarang iklan atau pembelian dalam aplikasi.

Perkhidmatan ini serupa dengan Apple Arcade di platform iOS, yang menawarkan pelbagai aplikasi popular, seperti Monument Valley 2, Sonic The Hedgehog Classic, Stardew Valley, dan banyak lagi.

Yuran langganan untuk perkhidmatan ini adalah RM10.99 sebulan atau RM99.00 setahun di Malaysia. Anda boleh menyemak sama ada anda mempunyai ciri Google Play Pass dengan membuka aplikasi Google Play Store dan menekan pada menu pada gambar profil anda. Menu tersebut akan menunjukkan Google Play Pass, dan anda boleh melanggan dari situ. Google juga memberikan tempoh percubaan percuma selama sebulan untuk mereka yang ingin mencuba perkhidmatan ini sebelum membelinya.