Seperti yang ditunjukkan pada laman rasmi Weibo, Xiaomi memperkenalkan teknologi baharu mereka iaitu 300W pengecasan pantas pertama di dunia yang mampu untuk cas penuh dalam masa hanya 5 minit. Ini telah dibuktikan pada Xiaomi Note 12 Discovery Edition yang mempunyai kapasiti bateri sebesar 4100Mah.
Pengecas Dual GaN tersebut berupaya untuk cas separuh bateri dalam masa dua minit lebih, dan genap 5 minit, ia capat 100 peratus. Ia terlalu cepat sehingga kita belum sempat untuk buat sarapan atau bersihkan diri.
Walaupun ia ada 300W, menurut data yang diberikan, ia hanya mencapai puncak pengecasan sehingga 290W tapi masih lagi menakjubkan. Setakat ni, belum ada apa-apa berita yang Xiaomi akan letakkan teknologi ini pada peranti mereka yang rasmi sama ada Redmi atau Xiaomi.
Apa pendapat anda tentang teknologi pengecasan pantas 300W ni? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah dan ikuti perkembangan terkini di media sosial kami.
Sumber: TheVerge
More Stories
Royal Seal of Approval: Sultan of Pahang Gives Thumbs Up to HONOR X9d 5G
๐ Vivo V60 Superday: Experience the ZEISS Portrait Master from Just RM1,999!
realme 15 Series to Launch in Malaysia on 18 September 2025