Hari ini, Qualcomm melancarkan Snapdragon 7+ Gen 2, cip pemprosesan terbaru mereka yang dibina menggunakan 4nm TSMC teknologi. Ia meningkatkan prestasi sebanyak 50% berbanding model terdahulu, dengan kuasa GPU dua kali ganda lebih pantas dan 13% lebih efisien. Tambahan lagi, ia boleh kekalkan prestasi dengan lebih baik sehingga 65% jika dibandingkan dengan pesaingnya dalam penggunaan yang berpanjangan.
Snapdragon 7+ Gen 2 adalah cip lapan teras yang ada tiga teras Cortex-A710 dengan kelajuan sehingga 2.49GHz dan empat teras Cortex-A510 dengan 1.8GHz. Cip ini juga menyokong sensor kamera sehingga 200MP, dua kamera 64MP+36MP atau tiga kamera sebesar 32MP. Ia juga mampu untuk rekod video 4K pada 60fps dengan sokongan HDR.
Cip ini menyediakan rangkaian 5G dan menyokong WiFi 6E dengan kelajuan pindahan sehingga 3.6Gbps. Selain itu, ia turut terapkan Snapdragon Sound yang sesuai dengan aptX Lossless, yang memberikan hasil bunyi yang jelas tanpa sebarang masalah. Peranti yang menggunakan cip ini dijangka tiba sekitar bulan ini, pada model realme dan Redmi yang disahkan menggunakan cip ini.
More Stories
HONOR Unveils Ultra-Tough HONOR X9c 5G and Budget-Friendly HONOR X7c 4G
Malaysia’s First Snapdragon 8 Elite in realme GT 7 Pro, Launch on November
HONOR X9b 5G Tremendous Achievement, New Generation X9c 5G Launch Soon