DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

OnePlus akan Menggunakan Sensor Lytia Baharu Pada OnePlus 12

Sensor kamera utama OnePlus 12 telah didedahkan secara rasmi selepas beberapa kali tertiris. OnePlus telah bekerjasama dengan Sony untuk menggunakan Lytia dual-layer stacked sensor pada OnePlus 12. Sensor baru ini mempunyai stacked CMOS design dengan 2-layer transistor pixel technology yang memisahkan lapisan transistor dan photodiode, membolehkan diod yang lebih besar dan penangkapan cahaya yang lebih banyak.

OnePlus telah menggunakan Sony Lytia 808 sensor pada kamera utama OnePlus Open, tetapi OonePlus 12 akan menggunakan sensor Lytia yang berbeza. Oppo dan vivo, yang juga sebahagian daripada BBK, juga telah bekerjasama dengan Lytia Sony awal tahun ini, menjadikan telefon Find X6 dan vivo X100 yang akan datang berkemungkinan besar akan mempunyai dual-layer stacked sensors yang sama untuk kamera utama mereka.

Sebelum ini, ada spekulasi mengatakan bahawa OnePlus 12 akan dilengkapi dengan sensor utama Sony IMX966 50MP bersama modul telefoto 64MP (OmniVision OV64B) dengan zum optik 3x dan lensa ultrawide 48MP. Ia juga telah disahkan bahawa OnePlus 12 akan mempunyai paparan LTPO OLED yang dibangunkan oleh BOE. OnePlus 12 dijangka dilancarkan di China pada bulan hadapan dan secara global pada awal tahun 2024.

Sumber: GSMArena